Followers

Akuarium Qu

Saturday, July 11, 2009

Usrah Tunjang Tarbiyyah

Assalamualaikum w.b.t.

Syukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang dan masa untuk bersua kembali di blog suarakal.blogspot.com.

Topik perbincangan kita pada hari ini adalah Usrah Tunjang Tarbiyyah.

Sahabat-sahabiyah sekalian. Bersua kita di ruangan ini untuk tujuan membincangkan topik yang agak menarik namun bagi mereka yang tidak memahaminya agak sukar untuk ditafsirkan.

Usrah. Apa yang kita faham mengenai usrah. Menurut Naqibah, Usrah adalah sebuah keluarga. Sebuah keluarga yang dibentuk melalui ikatan ukhuwah. Fokus di sini adalah ukhuwah islamiyah yang dibentuk daripada pertemuan sekelompok manusia.

Menariknya, hari ini (11 Julai 2009, di Masjid AL-Khausar,Tawau) adalah hari pertama kami mengadakan "Usrah Nisa". Setelah balik ke kawasan inilah pertama kali saya melibatkan diri dengan Jemaah kawasan. Kak Mira (Naqibah), Kak Santi, Kak Lia, Nani, Nisa dan Norma di antara yang terlibat.

Best juga pengisiannya. Macam biasa, dimulakan dengan Bacaan Al-Quran, Pengisian, dan Isu semasa.

Buku yang menjadi silibus adalah "Golongan Orang Yang Tercicir". Kata Kak Mira, apa yang penting dalam kita berjemaah adalah kita ikhlas dalam mengerjakan amal disertakan dengan sesuai dengan kehendak syariat. Katanya lagi, Back to basic. Dalam kita mengerjakan amal, kita kena mampunyai sifat sufi. Dari sudut dalaman, rohani dan pengisian dalam hati. Kita ingin bagi ceramah kat orang, malangnya kita pun buat silap. Orang tidak akan pandang. Apa yang penting pengamatan kita dalam melakukan sesuatu. Ikhlas kerana Allah. Sebagai Muqadimah.

Terdapat dua faktor kenapa kita boleh tercicir dari jalan dakwah. 1st, Tarbiyah. Kenapa Tarbiyah penting dalam sesebuah Jemaah...? Untuk pengetahuan semua sahabiyah, ringkas kak mira, Tarbiyah adalah sesuai dengan Iman manusia yang sentiasa turun naik. Keperluan tuntutan dakwah dalam diri. Bersama kita pohon pada Allah, untuk lahirkan sifat kehambaan dalam diri. Jauhkan diri dari sifat takbur, meninggi diri. Fikir untuk Jemaah bukan untuk kepentingan Individu semata-mata. Kerana setiap apa yang kita perkatakan Allah akan persoalkan di akhirat kelak.

2nd, Tidak meletakkan seseorang pada tempatnya. Ini fokus kepada pimpinan. Bagaimana keputusan Syura mempengaruhi sebuah gerakan Islam. Orang suka kira-kira, diletakkan di penerbitan, tidak akan sesuai. Orang suka susun-susun fail diletakkan di bahagian pendidikan, juga tidak sesuai. bagaimana kita boleh ketahui tahap kemampuan seseorang..? Kita perlu mengadakan perbincangan dua hala. Tujuan perbincangan tersebut adalah untuk memudahkan kita mengenalpasti tahap seseorang. Paling tidak pun, SWOT.

Kita mudah untuk mengatakan Istiqamah namun sejauh mana kita menjaga agar tidak tercicir dari Jemaah. Penyelesaiannya, Ukur kemampuan mengikut sikap jujur dalam diri. Fikir untuk Jemaah walau seminit. Tidak bermakna datang ke program sahaja. Malah sumbangkan idea melalui mesej sudah mampu membawa impak baik kepada semua. Diam bertempat.

Isu semasa yang sempat dibincangkan.

1) Isu kematian "Mikail Jackson". Adakah Allahyarham meninggal dalam keadaan diterima Allah atau tidak, kita serahkan kepada Allah. Namun adakah etika mengadakan majlis penghormatan terakhir diterima dalam Islam. Bersama kita fikirkan.

2) Isu PPSMI. Kebetulan ada 2 orang guru dalam usrah membidas mengenai Isu ini. Mendengar luahan mereka, memang patut, PPSMI dimansuhkan kerana ia bakal memberi kesan positif. Namun adakah ini agenda poloitik semata-mata walhal PPSMI adalah berkaitrapat dengan Pendidikan.

3) Isu Influenza H1N1. Di Tawau, Pesakit yang dapat dikesan adalah seramai 9 orang kini.

Di samping membincangkan Usrah Tunjang Tarbiyah, banyak lagi isu yang dibahas. Namun masa tetap mencemburui kita. Usrah kami tamat pada pukul 11.30 a.m.



No comments: