Followers

Akuarium Qu

Tuesday, September 29, 2009

Penawar segala penyakit

...Salam aidilfitri....
Ini artikel agak menarik untuk dikongsikan dengan teman-teman. Sila baca dan ambil perhatian ya.. Sebab cerita ini berkait rapat dengan kesihatan kita seharian. Selamat membaca....
Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awan..!! Mungkin itu petanda awal kepada penyakit lain yang berbahaya kepada anda. Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya, "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegah itu pokok dari segala perubatan". (Riwayat Ad-Dailami).

Al-Maidah dalam bahasa arab bermaksud perut (Ventrikulus) dan dalam bahasa Inggeris disebut Stomach. Perut merupakan salah satu daripada organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 Punca penyebab penyakit dari perut;
1) Cara pemakanan harian yang tidak sistematik
2) Terlalu berlebihan semasa makan.
3) Tidak berwaspasa dengan makanan dan minumana yang dihinggapi serangga.
"Sabda Rasulullah s.a.w., Maksudnya, " Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minumana yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandungi penyakit." (Riwayat Abu Hurairah).

4) Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5) Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, " Bersiwaklah (menggosok gigi) kamu semua, sebab bersiwak (mengosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan ALlah reda kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak, (menggosok gigi)" (Riwayat Ibnu Majah).

6) Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor

Oleh itu, jagalah cara pemakanan anda. Dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, " Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi sihat" (Riwayat Abu Hurairah)
Hai kawan-kawan....!!!
Sudahkah anda berpose 6 di bulan Syawal. Tahukah anda semua, Pose 6 hari di bulan Syawal sama pahalanya kita berposa satu tahun. (Riwayat)
Jom imarahkan bulan Syawal dengan berpose 6...
hehe....

No comments: