Followers

Akuarium Qu

Monday, November 9, 2009

Kerinduan pada tanah..!!!

Salam Ukhuwahfillah.. Salam Blogger..

Post kali ini lebih kepada penceritaan kisah hidup di KK.

Baru jak empat hari duduk di KK, rindu sudah dengan Tawau. Maklumlah tak sampai hati nak tinggalkan bumi kesayangan tu. Namun itu hanya pinjaman siapapun kita kita tetap hamba Allah yang hanya menumpang di sini.

Kenapa ya asal jak duduk sendirian teringat dengan tanah halaman tanah tempat ana dibesarkan. Walaupun tanah kelahiran bukan di Tawau. Tapi aura untuk terus tegar di bumi Tawau menarik ana untuk terus berkhidmat di sana.

Baru sebentar tadi bincang ngan kawan di UMS, katanya, Kak zai asal mana..? Jawablah, saya orang semporna bah. tapi menetap di Tawau. Ohhh..!! sambungnya lagi, Kenapa kak zai tidak mau menetap di sini (KK). Bukan tempat ana di sini. Apapun, di mana bumi di pijak di situ langit di jinjing.

Ramai sudah kawan ajak tinggal di KK, tapi belum terbuka lagi pintu hati untuk menetap di sini. Kenapa ya..? Ana sendiri pun tidak tahu kenapa. hehe.. InsyaAllah Allah bagi peluang untuk berada di sini. Namun bukan rezeki lagi.

Persoalan-persoalan ini selalu bermain difikiran. Yakin sahaja, rezeki Allah di mana-mana.

Saja nak kongsi, kekadang kita perlu untuk menulis jika kita minat niaat kerana Allah di samping itu, ana lebih minat menulis blog untuk menghiburkan hati di kala rindu ngan sahabat2. Kerana Blog ini wujud dengan dorongan mereka. Terubat rindu apabila dapat menyampaikan ilmu.

No comments: