Followers

Akuarium Qu

Sunday, December 6, 2009

Kini semakin mencabar...

~~~~~Assalamualaikum w.b.t. ~~~~

Salam kerinduaan buat teman pembaca sekalian... semoga berada dalam keadaan sihat walafiat di samping kerja yang dijalankan. Seinfiti dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dalam kesempitan masa kita masih diberi peluang untuk bertemu dalam ruangan Luahan hati Mujahidah_Tawau yang semakin merasai kesukaran untuk berkhidmat untuk Islam. Dugaan tidak mengenal siapa.

Ya Allah berikan hambamu ini kekuatan untuk meneruskan hidup. Berikan kekuatan untuk menghadapi cabaran yang semakin menghampiri diri ini. Hamba yang lemah dan hina. Namun Engkau ada bersama untuk menolong dan memberi peluang untuk meneruskan perjuangan di jalan Mu Ya Allah.

Kini semakin mencabar... Media massa semakin laju mengejar arus kemodenan. Tidak mustahil kami semakin ketinggalan di belakang. Ramai yang semakin leka dengan nikmat dunia. Mencabar...Mencabar... Memang Mencabar...

Kini semakin mencabar... Berjauhan dengn mereka yang berilmu boleh melalaikan kita. Jauh dari sahabat dan sahabiyah yang memahami erti perjuangan menyebabkan diri ini semakin terpinggir dan terkedu. Melihat keadaan semasa yang semakin mencabar. Diri ini terasa tercabar untuk meneruskan langkah tanpa menoleh kebelakang. Namun perlu berhati-hati dugaan tidak mengenal siapa.

Di masa susah kita diuji dengan putus asa, di masa kita senang kita diuji dengan sikap suka leka, apabila kita berduka kita diuji dengan tangisan. Adakah kita bersedia mneghadapi semua ini..?

Sekadar luahan hati seorang yang sedih dengan keadaan sahabat dan sahabiyah yang semakin berjauhan. Seorang di kedah, empat orang di perak, kelantan tiga orang, selangor seorang, terengganu dua orang, sabah 9 di sabah tapi semua berjauhan. Sedih berpisah dengan korang semua.. Salam sayang dari Tawau..... Di manakan ku cari ganti...??????

No comments: