Followers

Akuarium Qu

Wednesday, April 7, 2010

Pendidikan formal aliran agama

CADANGAN Malaysia dan empat negara Islam lain untuk mengemukakan usul memasukkan pendidikan formal aliran agama dalam pendidikan aliran perdana global pada mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) ke-184 di sini, diterima oleh negara maju dan Afrika yang sebelum ini membantahnya.

Bagaimanapun, persetujuan itu dicapai selepas dilakukan sedikit perubahan kepada draf yang memasukkan perkataan madrasah dan menyokong usul alternatif yang menggantikannya dengan perkataan inklusif berikutan bantahan negara maju yang bimbang kerana pendidikan madrasah sering dikaitkan dengan keganasan dan ekstremis.

Wakil Tetap Malaysia ke Unesco, Datuk Kenneth J Luis, berkata selain Malaysia, empat negara yang sebelum ini mengemukakan usul Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Madrasah itu ialah Pakistan, Iraq, Indonesia dan Afghanistan dan disokong Brunei, Jepun, Nigeria, Senegal, Tanzania, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Filipina.

Malaysia dan Pakistan adalah negara anggota Lembaga Eksekutif Unesco yang turut dianggotai 56 negara lain. Pada Khamis lalu, Malaysia, Pakistan dan Indonesia menarik balik usul pertama, diikuti Afghanistan dan Iraq pada keesokannya.
Katanya, negara terbabit menyokong usul baru iaitu Pembangunan Pendidikan Moden, Berkualiti dan Inklusif yang akan dibentangkan oleh Saint Lucia dalam mesyuarat lembaga berkenaan hari ini yang dikendalikan Pengerusi Lembaga Eksekutif Unesco, Eleonora Mitrofanova.

"Perkataan inklusif diterima kerana ia meliputi pendidikan formal lebih menyeluruh membabitkan semua agama, selain menumpukan kepada bidang lain, termasuk sains, matematik, teknologi dan teknikal," katanya selepas menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sini, semalam.

Timbalan Perdana Menteri diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman berada di sini bagi mewakili negara pada Mesyuarat Lembaga Eksekutif Unesco kali ke-184.
Sementara itu, Kenneth berkata, Malaysia melalui draf usul pertama turut menjelaskan pendidikan aliran agama di negara Islam menumpukan kepada subjek aliran perdana, termasuk sains dan matematik yang diperkukuhkan.

Katanya, Malaysia dan negara lain bersetuju berkompromi usul pindaan daripada Saint Lucia selepas negara itu yang mengetuai bantahan negara maju dan Afrika memasukkan perkataan inklusif, mengakui pendidikan Islam di Malaysia dan negara Islam lain menggabungkannya dengan ilmu lain.

-Bernama-

No comments: