Followers

Akuarium Qu

Monday, April 12, 2010

SMK BUGAYA SEMPORNA


Assalamualaikum w.b.t
Salam Ukhuwahfillah dan salam blogger...

Syukur ke hadrat Allah kerana dalam kesempitan masa kita masih diberi peluang untuk menikmati nikmat Iman dan nikmat Islam. Alhamdulillah..

Lama da tak post dalam blog. Tepat pukul 8.00 pm, Mujahidah_Tawau blog kesayangan ku mendapat pengisian yang bertajuk SMK Bugaya, semporna.

Sabtu lepas, seorang kawan di tawau ada hantar sms.. Dengan nada deringan lagu Aiman, Cinta Terakhir, telepon ku berbunyi. "Kak ada kelapangan untuk menjadi Faci..?"Mesej ku baca. Berfikir sejenak. erm... Boleh ka aku pi..?

Kebetulan sabtu 10.04.2010, makcik ku khwn di Kg.Tonggolangan. Dekat tu ngan SMK Bugaya. Terdetik di hati, baik pi dua2... Mesej ku reply. "InsyaALlah akak boleh pi.." Alhamdulilllah... kawan tu msj balik.

sabtu pagi baru dapat pi. Ops kira lambat la sudah.. apa taknya.. Jumaat tak dpt pegi kan. Maaf la geng... hehe.. Masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Well... Sabtu tu juga br datang. Itu pun petang uda.. Tp Alhamdulillah, dipermudahkan. First, Mak tak bagi.Pujuk punya pujuk.. Disuruh pulak sudah.. Apalagi ambil la peluang. Thanks, Mom... Love u so much.

Sebenarnya.. Mlm ni nak share tentang satu program. Nak dengar..? Baca ya...

"PROGRAM NADWAH KEPIMPINAN ISLAM 2010" wou.. gempak nama... Program ni dibuat di SMK Bugaya II pada 9-11 April 2010 bersamaan 24-26 Rabiul Awal 1431 H. "Kepimpinan Berkesan Menjana Kecemerlangan" menjadi tema program kali ini.

Seramai 150 Orang peserta telah menghadiri program nadwah kali ini. Seramai 72 orang peserta lelaki manakala selebihnya adalah peserta perempuan.

Lagu pilihan "Menuju Wawasan" ingat masih liriknya,

"Umat Islam harus cemerlang,
hari ini harus lebih baik dari semalam,
Jangan buang masa,
siapa kata kita tidak boleh,
kita ada Allah Maha Kuasa, kita ada kuasa tenaga,
Umat Islam sentiasa boleh.

Apa yang saya dapat simpulkan, program nadwah kepimpinan kali ini agakberbeza dengan program-program yang pernah dijalankan sebelum ini. Kerana,

1) Faci dikalangan srikandi,seramai 10 orang (k.jia, k.ogi, k.mare, k.akma, zai, nani, su, keni, sam,
dan Ratna)
2) Peserta dengan mudah menepati masa
3) Majoriti modul adalah modul dari Allah
4) Walaupun peserta 1st time ikut tp mereka sangat berdisiplin.

Diantara pengisian,

1) Kuliah Dasar
2) LDK (Ice Breaking, Kreatif- wt scrap, Rumahku Imanku,)
3) Explorace (Rukun Islam = a.Syahadah, b.Solat, c.Puasa, d.Zakat, e. Haji)
4) Malam Penghayatan
5) Majlis Penutupan Perasmian
6) Lambaian Ukhuwah

Terima kasih diucapkan kepada semua yang bertungkus lumus menjayakan Nadwah kali ini.

Resolusi Peserta,

"Program Nadwah Kepimpinan Islam " akan dilaksanakan pada masa-masa akan datang.

SMK BUGAYA II, sekolah kala-kala Kolej. Cantik.. tengokla sendiri nti..


No comments: