Followers

Akuarium Qu

Saturday, August 21, 2010

***Perubahan keadaan menjadi kita berubah****

Assalamualaikum w.b.t.
Salam Blogger.

Kepada semua blogger2 yang beragama islam.

"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAKH 1431H"

Jadikan ramadhan kali ini ramadhan yang lebih baik dari semalam.

Dikesempatan yang ada, saya suka berkongsi mengenai aktiviti yang dilakukan setiap hari'

Setelah beberapa bulan lamanya tidak mengupdate blog, gatal pula tangan hendak berkongsi pengalaman yang amat menarik setelah sekian lama mencari masa yang boleh digunakan untuk mengilhamkan idea dalam blog.

Wah, kini saya telah berubah arah. Pada mulanya tiada ilmu didada mengenai kepimpinan, aktiviti keagamaan, kemasyarakatan dan kesihatan. Alhamdulillah setelah menetap di tempat asal. Banyak pula sahabat-sahabat yang sudi mencurahkan ilmu mereka kepada saya. Misalnya Puan Elsiah Bin Sata, merupakan Pembantu Tadbir di Felda Umas 4. Untuk pengetahuan semua, saya telah mendapat kerja sambilan di tempat praktikal semasa stdy ari tu. Terima kasih diucapkan kerana menberi peluang kepada saya untuk menjadi salah satu staf mereka.

Lima bulan selepas tu, saya berhenti kerja atas sebab mendapat pekerjaan di tempat lain.

Membuka mata melihat dunia hari ini yang sebenar. Kita semakin sibuk melayan facebook, email dan pelbagai lagi perisian komputer. Pada yang celik komputer, gunakan ilmu untuk kepntingan dan peningkatan kendiri. Elakkan dari menggunakan Internet untuk tujuan untuk menghentam.

Saya sukan guna prinsip, "Whatever you do, think first" atau dalam bahasa melayunya "Berfikir sebelum bertindak" dengan tujuan membimbing diri agar berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak.

Kehidupan kita sehari-harian tidak akan sama.

Mujahidah_Tawau sampaikan salam kepada semua pembaca. Juga salam rindu kerana sudah lama tidak bersua. Satu lagi, salam sayang dari saya.. lain hari kita jumpa lagi..

Bye.. bye..

Wasalam...






No comments: