Followers

Akuarium Qu

Wednesday, December 21, 2011

“Ibu kU Sayang”

Berpeluh-peluh pula sekarang ni... huh.. aku mengeluh. Suhu bilik 27 C. Malam ni panas ku rasa mau-mau hampir sama lepas dari berjoging. Nasib baik hari sudah gelap, jam menunjukkan jarum panjang 7.30 malam. Aku mula menulis mengenai aktiviti hari ini. Dari pagi hingga ke petang, sehari suntuk buat kerja-kerja di pejabat. Sempat lagi on facebook. Ramai pula kawan komen kat fb. Baru sedikit isu yang diutarakan dah ramai yang komen. Hehe... TQ prend....
Jawapan yang ku nantikan selama ini semakin menjadi kenyataan. Tinggal tunggu masa dan keadaan sahaja. InsyaAllah akan aku ingat pesannya, “Jadilah sebutir permata yang bersinar di celahan batu di tengah lautan. Ianya tetap bersinar dan berkilau walaupun diselubungi lumut, kerana akan kesucian dan bersih hatinya”. Sedikit masa lagi. Bisik hati kecil ku.
Mata kuyuh rasa badan nak baring, namun kerja hakiki ku sebagai seorang wanita mengajak aku untuk melawan kepenatan ku sekarang. Masak di dapur. Gorang ikan dan tumis sayur. Nasi mama’ da masak tadi. Sorry mom, anak mu sedang kepenatan sekarang. Terpaksa mama’ ku bakar ikan dan dibiarkan nya aku sendiri masak di dapur. Aku menggagahkan diri untuk bangun.
“Kejap ya ibu, biarkan disitu, nanti umie buat.” Teriak ku dari ruang tamu.
Mama’ suruh tengok masakan yang ditinggalkan olehnya.
Moral of the history is, Redha Allah terletak kepada Redha seorang Ibu. Berbahagialah kamu apabila kamu berjaya patuh dan taat kepada perintah Ibu. Nescaya Allah akan menempatkan kamu di kalangan orang yang beriman. InsyaAllah....!!!
Jangan sesekali kamu berkata Eh.... kepada Ibu mu kerana ia akan mengundang murkah kepada Ibu. Allah tidak akan pernah mengampunkan orang yang derhaka kepada Ibunya. Nauzubillah...!!

No comments: