Followers

Akuarium Qu

Friday, February 3, 2012

KINI AKU MENDAPAT JAWAPANNYA....

Saya berasa gementar dan tersentak apabila membaca buku Solusi Edisi Isu ke 32 mengenai “Orang Hasad Tersiksa Dunia Akhirat”. Banyak isu-isu yang diutarakan berkaitan dengan sikap manusia yang tidak akan pernah senang dengan kejayaan yang dikecapi oleh orang lain. Dalam penulisan itu, Solusi mengetengahkan definisi Hasad, Impak Hasad kepada manusia dan punca sifat hasad. Perenggan pertama menyatakan bahawa Hasad dengki ialah “pembunuh” senyap. Ia lebih berbahaya daripada AIDS, penyakit lemah jantung dan lain-lain penyakit kronik. Ini kerana hasad dengki ialah penyebab penyakit-penyakit fizikal dan rohani.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sebahagian besar ahli kitab menginginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman kerana dengki yang ( timbul ) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” ( Surah Al-Baqarah, 2: 109). Na’uzubillahi min zalik.

Sehingga adakalanya, kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
Bahananya dibuktikan dengan hadis Rasulullah s.a.w. penyakit hasad dengki kepada manusia. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Kebaikan adalah akhlaik yang baik sedangkan dosa adalah segala hal yang mengusik jiwa dan engkau tidak suka jika orang lain melihatnya”. Riwayat Muslim.

Mohon dijauhkan daripada bersikap Hasad Dengki kerana ia hanya akan merugikan diri sendiri. Jika kita membenci atau tidak puas hati dengan kejayaan orang lain, kenapa kita tidak berusaha sendiri untuk mencapai apa yang kita inginkan. Kenapa hendak dengki dengan kejayaan orang lain kalau kita sudah tidak menunjukkan kesungguhan untuk ke arah itu.

Penyelesaiannya, Sabda Rasulullah s.a.w, yang bermaksud. “Tidak sempurna Iman salah seorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya.” ( Muttafaq ‘alaihi ). Maka cintailah saudaramu sebagaimana engkau mencintai dirimu. Nescaya Allah akan menunjukkan jalan yang mudah untuk engkau mengerjakan kebaikan.
Semoga Allah memberkati dan merahmati kehidupan kita semua. Sama-sama kita memperbaiki diri untuk mengejar cinta Ilahi Rabbul Izzati. InsyaAllah. Allah bersama orang-orang yang sabar.

No comments: