Followers

Akuarium Qu

Saturday, February 28, 2009

Persoalan-persoalan mengenai Solat


"Solat Tiang Agama"


Akak sah kah solat kalau kita tidak berwu'duk..? Inilah persoalan yang sering ditanya oleh adik-adik yang menyertai program praktikal solat. Jawapanny, tidak sah. Cuba rujuk Surah Al-Maidah ayat 6. Ayat ini memberitahu bahawa sebelum solat kita perlu berwu'duk.

Kenapa perlu berwu'duk..? Tujuannya supaya kita berada dalam keadaan bersih sebab tidak sah solat sekiranya badan dipenuhi najis atau kotoran. Fadhilatnya, kita akan terhindar daripada penyakit, Allah sendiri suka kepada orang pembersih. Lagi satu kalau kita kotor syaitan dengan mudah akan menganggu. Kita tidak akan khusyuk dalam solat apabila syaitan sentiasa ada di sisi. Oleh itu, kita perlu berada dalam keadaan bersih.

Lawak-lawak sikit, ada seekor anjing lalu depan kita yang sudah berwu'duk, tiba-tiba dia menjilat kakinya. Adakah wuduk kita terbatal ketika itu...? Apa jawapan anda..? Percaya atau tidak, penulis menjawab wuduknya tidak batal sebab anjing tu lalu ja, dia jilat kakinya bukan orang yang berwuduk tadi. Betul tak..?

Kenapa perlu mengerjakan solat..? Teringat pesan seorang kawan tu..!! Mimi (bukan nama sebenar) kena jaga solat tau sebab solat adalah tiang agama, barang siapa tidak mendirikan maka ia mendirikan agamanya, dan barang siapa meninggalkan solat maka dia meruntuhkan agamanya.

Bagaimana dikatakan kita mendirikan solat namun tetap juga dalam keadaan tidak khusyuk..? Jawapannya senang je, kita masih memikirkan hal-hal dunia, walhal sempurna solat seseorang apabila ia khusyuk dan merasakan Allah memerhatikan setiap pergerakannya. Penyelesaiannya, lupakan sekejap hal-hal yang berkaitan dunia, nescaya kita boleh mendapatkan kekhusyukan dalam solat.

P/s Sedikit perkongsian mengenai solat. Penulis rasa perlu untuk berkongsi post kali ini, walaupun perkara remeh, namun itu yang menyebabkan kita tidak khusyuk dalam solat. Sama-sama kita menghayati erti solat yang sebenar. Kerana solat 5 kali sehari semalam diibaratkan kita menyuci dosa-dosa sepanjang hidup. Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat, jika sempurna solat seseorang maka akan sempurna imannya.

Thursday, February 26, 2009

Power of Allah

Great of Al-Quran



99 Name of Allah




Ocean create name Allah


Wednesday, February 25, 2009

Mujahidah Sejati


Wahai wanita engkaulah perhiasan dunia. Hiasi peribadi dengan akhlak mulia. Nescaya ramai akan menghormati mu.

Sunday, February 22, 2009

..Bersiaga...


Mahasiswa Islam yang berjaya perlu dengan bersiaga..!!!



Saya percaya saya pasti boleh..!!!



Saya perlu bersiaga/bersedia menghadapi segalanya..!!!




Kami perlu bersatu...!!!!



Setiap kata-kata yang dilafazkan mempu memberi satu semengat untuk terus bersedia walau apa sahaja keadaan perlu ditemuh jua. Mengapa kita perlu untuk bersiaga atau bersedia...?

Thursday, February 19, 2009

Qiamulail pengikat jiwa dengan-Nya

Salam Ukhuwahfillah....

Perkongsian sedikit mengenai Qiamulail

Apakah kepentingan..?
Mendekatkan diri kepada Allah
Menjadi penenang jiwa dikala duka
mensucikan jiwa yang penuh dosa.

Perlukah...kita Qiam?
Ya,

Kenapa..?
Kerana kita sering melakukan dosa samaada sedar atau tidak.

Bagaimana dengan pelaksanaan..?
Qiamulail akan dilakukan pada malam hari, hanya selepas tidur sebelum azan solat subuh. Dengan melakukan solat-solat sunat.

Waktu paling afhal dilakukan..?
2/3 malam

Fadhilat Qiam..?
Mendekatkan diri kepada Allah
Turut perintah Allah dan Rasul
Jiwa menjadi tenang
Terhindar dari melakukan perbuatan keji

P/s Apa pandangan anda mengenai Qiamulail...?


Tuesday, February 17, 2009

Solat Tiang Agama

Ya ALLAH, Kau campakkanlah hidayah dalam hati teman-temanku ini

"Rasulullah SAW mengibaratkan agama Islam itu sebagai sebuah khemah yang disokong oleh lima batang tiang. Tiang tengahnya ialah kalimah syahadah . Empat tiang lagi itu adalah tiang-tiang sokongan,iaitu satu tiang pada tiap satu penjuru khemah tersebut. Tanpa tiang tengah maka khemah itu tidak boleh ditegakkan dan sekiranya mana-mana dari salah satu tiang sokongan yang di penjuru itu hilang maka akibatnya runtuhlah penjuru khemah yang rosak itu.Kini marilah kita lihat dengan mata kita sendiri sejauh manakah yang telah kita tegakkan ag

ama Islam itu. Benarkah tiap-tiap tiang itu telah ditegakkan pada tempatnya dengan sempurna?"

hadis ini dipetik dari link di atas.

sebenarnya dah lama aku nak menulis pasal ni. Bukan nak menulis

tazkirah tentang kelebihan bersolat atau apa, cuma nak menyuarakan ketidakpuasan hati aku.

Dulu-dulu, dulu lahkan, aku ingat semua orang ni baik-baik je, walau free hair walau pakai tudung semuanya solat. Hmmm…kiranya dulu aku ni bersangka baik dengan semua kawan-kawan aku. Aku ambil mudah je, ingatkan semua orang ni solat kecualilah yang memang gila-gila punya social. Cthnya yang jenis clubbing ke, malam-malam minggu tidur kat hotel ke(boleh teka apa maksud aku), yang ni aku boleh accept kalau diorang tak solat sebab memang lifestyle diorang tu ntahpape, tapi kalo yang baik semacam je (luarannya) pun ramai gak yang tak solat. Kalau orang lelaki yang s kip Jumaat tu…hehehe aku tau mmg ramai pun.

Masa aku kerja waktu cuti 2 bulan tahun lepas, barulah aku realize rupa-rupanya ramai orang di sekeliling aku tak solat.Even yang bertudung pun tak solat, free hair apatah lagi. opss! aku tak kata orang free hair tu tak solat, tapi ada sebahagian dari mereka yang tak solat. Yang bertudung pun, ada yang tak solat. Ramai je. Then tudung tu pakai untuk apa? Tutup aurat? Tapi solat tak? Eh ini dah salah konsep, tiang tak sempurna lagi macam mana nak letak dinding, atap dan lain-lain?Astaghfirullahalazim. Bukan aku nak tuduh sesiapa, tapi itu kenyataan. Malah ada yang mengaku dia tahu kiblat kat rumah walau pun dia tak sol at! Gulp! (Dipetik dar sebuah blog sahabat)

"Sebaik-baik perintah Allah adalah menunaikan solat. Maka dirikanlah solat agar jiwa mu tenang."



Umat Islam




Umat Islam harus cemerlang
Hari ini lebih baik dari semalam

Monday, February 16, 2009

PEREMPUAN YG BAIK


Perempuan yang baik,
Mendamaikan hati yang memandang,
Menyejukkan sanubari yang berdekatan,
Mendekatkan jiwa hamba pada tuhan,
akhlaknya indah,
imannya terserlah.

Martabatnya ditinggikan ALLAH ,
auratnya untuk suami sang pejuang,
cinta kasihnya pada lelaki halal yang
bermaruah,

kitalah yang bernama perempuan,
lahir kerana RAHMAT-NYA,
hidup kerana CINTA-NYA,
mati dalam REDHA-NYA.


Wanita ibarat bunga... Cantik
indahnya pada pandangan mata
hanya sementara... yang kekal
menjadi pujaan Manusia hanyalah
wanita yang mulia akhlaknya..kerana
akhlaq itu umpama bunga diri..

Tiada guna berwajah cantik tetapi
akhlak buruk.. tiada guna juga
berwajah cantik tetapi hati kosong
dari ilmu...

Ibarat bunga..
Ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya..
Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan...
Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..
Tetapi bila dihalusi dengan mata hati,
ternyata amat tinggi nilainya....

Monday, February 9, 2009

Thursday, February 5, 2009






BILA UMAT ISLAM BERSATU........DOAKU UNTUK MU PALESTIEN......

Hari Sahabat Sedunia

Wednesday, February 4, 2009

Hakikat Manusia

"Manusia Mudah Lupa."

Lupa pada siapa..?
Adakah lupa pada perkara dunia atau lupa pada pencipta..?
Tanpa kita sedari, evolusi semakin pantas sepantas kilat yang boleh menyambar dengan sekelip mata.
Jika kita leka seminit sahaja kita akan ketinggalan banyak perkara.

Mungkin tidak ramai yang boleh terima kita semakin dewasa, usia semakin meningkat dari setiap masa, setiap jam, setiap minit dan setiap saat.
Namun itulah hakikat manusia.

Kita sering mengalami gejala lupakan diri seketika, sehingga ramai yang melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan akal.

Bagamanakah kita hendak mengatasinya..?

p/s Penulis ingin berkongsi sedikit masalah dari sudut hendak mengingat sesuatu perkara, terutamanya perkara penting. Bagaimana mengatasi masalah pelupa bagi seseorang...?

Tuesday, February 3, 2009

Berfikir or Berzikir

"Berfikir seminit untuk Islam besar manfaatnya berbanding beribadat selama setahun dalam keadaan yang tidak khusyuk." (Hadis)

"Berzikir"


Apa pandangan anda terhadap tajuk kita kali ini..?

Sunday, February 1, 2009

Sahabat sejati OR Sahabat sebati...

"Pelik tapi benar...!!!"

Kisah benar ini menceritakan berkenaan 2 keadaan. Pertama, Sahabat sejati. Kedua, Sahabat sebati.

Sahabat sejati merupakan seorang sahabat yang mempunyai semangat setia kawan yang erat sehingga makan, minum, tido tidak tenang apabila berjauhan dengan dia. Diri ini pernah bertanya, pernahkah saya mempunyai sahabat sejati seperti yang dibayangkan tadi..? Oh rupanya tiada. Perkara ini baru disedari apabila berada di bangku sekolah dulu. Alangkah malangnya nasip diri.

Sahabat sebati merupakan seorang sahabat yang mempunyai semangat setia kawan cuma bezanya mereka rela berjauhan daripada bersama. Bila bersama selalu sahaja bermasam masam. Tak ke benggang buat macam tu. Tapi bila dah berjauhan boleh pula dicari, bertanya khabar, pas tu cakap,"Rindu la kat awak..!" Ya ke..? Atau saja-saja buat rindu.

Itu la sedikit perbezaan yang ada pada Sahabat sejati dan Sahabat sebati. Sekiranya ada komen, atau pendapat sendiri, boleh la beri komen di tempat yang sediakan. Terima kasih.

Harap usaha kecil ini mampu membantu untuk mencari sahabat yang bagaimana kita inginkan..


Tidak perlu mencari teman secantik BALQIS,

Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika tak sekuat SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sempuran RASULULLAH S.A.W.

Begiti juga dengan kita, tak guna ada mata kalau tak dapat melihat,

Tak guna ada hati kalau tak tau menilai....

(Nursyahadah_86)