Followers

Akuarium Qu

Tuesday, September 29, 2009

Penawar segala penyakit

...Salam aidilfitri....
Ini artikel agak menarik untuk dikongsikan dengan teman-teman. Sila baca dan ambil perhatian ya.. Sebab cerita ini berkait rapat dengan kesihatan kita seharian. Selamat membaca....
Anda kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau anda sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awan..!! Mungkin itu petanda awal kepada penyakit lain yang berbahaya kepada anda. Seperti mana sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya, "Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegah itu pokok dari segala perubatan". (Riwayat Ad-Dailami).

Al-Maidah dalam bahasa arab bermaksud perut (Ventrikulus) dan dalam bahasa Inggeris disebut Stomach. Perut merupakan salah satu daripada organ-organ pencernaan. Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.

6 Punca penyebab penyakit dari perut;
1) Cara pemakanan harian yang tidak sistematik
2) Terlalu berlebihan semasa makan.
3) Tidak berwaspasa dengan makanan dan minumana yang dihinggapi serangga.
"Sabda Rasulullah s.a.w., Maksudnya, " Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minumana yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandungi penyakit." (Riwayat Abu Hurairah).

4) Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5) Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, " Bersiwaklah (menggosok gigi) kamu semua, sebab bersiwak (mengosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan ALlah reda kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak, (menggosok gigi)" (Riwayat Ibnu Majah).

6) Kebiasaan memakan ubat tanpa nasihat doktor

Oleh itu, jagalah cara pemakanan anda. Dapatlah anda menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya. Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, " Berpuasalah kamu nescaya kamu menjadi sihat" (Riwayat Abu Hurairah)
Hai kawan-kawan....!!!
Sudahkah anda berpose 6 di bulan Syawal. Tahukah anda semua, Pose 6 hari di bulan Syawal sama pahalanya kita berposa satu tahun. (Riwayat)
Jom imarahkan bulan Syawal dengan berpose 6...
hehe....

Monday, September 28, 2009

Penantian Yang Terindah

Kini ibuku merasa gembira dek kala menanti saat bahagia. Saat bahagia itu adalah saat bertemu keluarga di pagi raya. Semua beraya di kampung. Alangkah meriahnya dapat beraya bersama. Kak balik Sabah bersama anaknya 3 orang, juga diiringi suami tercinta. 14hb September 2009, kami menanti kedatangan mereka berempat di lapangan terbang Tawau. Aku sangka kak ku masih seperti dulu (gemuk) ternyata turun 25 kg dari yang dulu, entah apa petuanya. hehe.. tapi masih comel juga.. kak ku paling ku sayang.

Itu cerita kak ku.

Ni cerita ku pula.

Selepas menghabiskan pengajian Jun lalu, aku mula berfikir serius tentang pa ku mo buat selepas ini. Kawan kawan pun ramai tanya, pa ko buat pas belajar..? Aku pun menjawab, InsyaALlah ada rezeki mau cari kerja dulu. Banyak lagi utang ngah PTPTN tu bah..!! Ndak la di kasi kurang-kurang bunganya. Apa boleh buat dah kerajaan yang tetapkan. Apapun kepada semua yang sempat baca blog ni. doakan saya semoga dapat kerja cepat. Aminnnn...!!

Sekarang cerita tentang si dia... (siapa ni ya..)

ops maaf masa tidak mengizinkan saya menulis tentang dia ni... maklumla.. secret de amo..
bah nanti da jumpa saya ceta kat semua ya.. hehe..

Next Episod.....

Thursday, September 24, 2009

Nisa Ziarah Raya Pimpinan

InDAHNnya SunggauH DI hari Raya
rAmainya ORang bersuka ria
adik KU manis CANTIK bErgaya
boleh kAH abanyg ikut bersama.
(Petikan lagu Suasana Hari Raya)

Di hari lebaran ini ku susun 10 jari,
memohon kemaafan dari semua yang mengenali
salah dan silap harap diampunkan
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Tuesday, September 15, 2009

ADAB-ADAB BERDOA

Di dalam kitab Ihya' Ulumiddin, Al-Hujjah Al-Imam AL-Ghazali r.h. berkata, adab berdoa itu ada sepuluh iaitu;

1) Tunggu pada waktu yang mulia seperti hari Arafah, bulan Ramadhan, hari Jumaat waktu sahur dan sebagainya
2) Memilih keadaan yang mulia se[erti ketika sujud, di medan jihad, turun hujan dan sebagainya.
3) Menghadap Qiblat
4) Imbangkan suara, jangan terlalu kuat.
5) Jangan bersajak ketika berdoa, maksudnya jangan melampau-lampau dalam susunan kata.
6) Merendah diri, khusyuk dan menyimpan perasaan takut
7) Bersungguh-sungguh dan yakin doa diqabulkan.
8) Serius ketika berdoa, dan terbaik diulang-ulang sebanyak tiga kali
9) Mulakan doa dengan menyebut nama ALlah s.w.t
10) Paling oenting hendaklah bertaubat, kembalikan barang yang sizalimi dan kembalilah kepada Allah s.w.t

Thursday, September 10, 2009

MALAM LAILATUQADAR


...BERSAMA MENGHAYATI MALAM LAILATUQADAR....

Tuesday, September 8, 2009

Ramadhan oh Ramadhan

Doa malaikat Jibril menjelang Ramadhan, "Ya Allah, tolong abaikan puasa ummatMuhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya
2)Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orangsekitarnya..

Maaf kepada semua pembaca blog ini, SELAMAT MEMASUKIMADRASAH RAMADHAN..."

Masih belum terlambat kiranya kita berbuat demikian. Kerana;

"Tiada hari seindah JUMAAT, Tiada kata seindah ZIKIR, Tiada ibadah seindah SOLAT, Tiada bulan seindah Bulan RAMADHAN."

"Jadikan puasa kali ini lebih baik daripada puasa pada tahun lepas."

Justeru, kita perlu saling memperingati sahabat setiap masa. Puasa yang ke 19 hari ini, perlu diperbaiki daripada puasa yang semalam.

"Kullu Aminn. Kullu Aam Wa Antum Bil Khair" (Setiap tahun semoga kamu mendapat kebaikan)

Ramadhan oh ramadhan... SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA.