Followers

Akuarium Qu

Saturday, March 28, 2009

Siapakah kita....?

I see the moon, the moon sees me,
The moon sees somebody I want to see,
Allah bless the moon, Allah bless me,
Allah bless somebody I want to see....

Siapakah kita..? "Kita yang buat semua kerja". Keluh seorang kawan. Walhal buat kerja tak mana pun. Perli ku buat diriku yang sering merasa letih setelah buat assaigment itu assignment ini. Sejak kebelakangan ini banyak pula assignment, maklumlah da nak exam. Ada beberapa minggu lagi. dijangka 20bh April 2009, tolak waktu pegi kuliah, waktu makan, waktu bersembang tak kira lagi waktu untuk lepak.... Buang masa banyak, bila masanya nak study..? Wah.. Wah... banyaknya keja, masa pula selalu mencemburui kita. Namun layakkah kita bahagi2kan masa sedangkan kita diberikan masa yang sama iaitu 24 jam sehari. Itulah perlunya perancangan dalam gerak kerja seharian supaya kita boleh mengetahui siapakah diri kita sebenarnya.

Teringat satu kata-kata hikmah yang tersentak bila membacanya, "Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan orang lain capai ". Pedas tapi bermakna buat diri ini yang perlukah kata-kata semangat untuk berubah. Namun perubahan kerana manusia tidak akan kekal lama. Oleh itu berubah mengikut naluri seorang manusia, bukan syaitan semata-mata.

Siapakah kita..? Kenali diri anda dan cuba ubah di mana terdapat kekurangan, kelemahan dan segala bentuk masalah yang ada. Tujuannya tidak akan ada orang mudah menjatuhkan kita, tapi tiada makna kita sombong, ego kerana bodoh sombong di tambah ego memyebabkan orang benci dengan kita. Perbaiki diri sendiri di sampaing memperbaiki orang lain.

Bersama pembentukan modal insan mengikit acuan Al-Quran.


Friday, March 27, 2009

....Bahagian....

Ibuku selalu bertanya padaku apa bahagian tubuh yang paling penting. Bertahun-tahun, aku selalu meneka dengan jawapan yang aku anggap benar. Ketika aku muda, aku fikir suara adalah yang paling penting bagi kita sebagai manusia, jadi aku jawab, "Telinga, Bu." Jawab Ibuku, "Bukan. Ramai orang yang tuli. Tapi, teruslah memikirkannya dan aku menanyakanmu lagi nanti."

Selang beberapa tahun kemudian, dia bertanya padaku lagi. Sejak jawapan pertama, kini aku yakin jawapan kali ini pasti benar. Jadi, kali ini aku mengatakan, "Bu, penglihatan sangat penting bagi semua orang, jadi pastilah mata kita." Dia memandangku dan berkata, "Kamu belajar dengan cepat, tapi jawapanmu masih salah kerana ramai orang yang buta."

Gagal lagi, aku meneruskan usahaku mencari jawapan baru dan dari tahun ke tahun, Ibu terus bertanya padaku beberapa kali dan jawapannya selalu, "Bukan. Tapi, kamu semakin pandai dari tahun ke tahun, anakku." Akhirnya tahun lalu, datokku meninggal. Semua keluarga bersedih. Semua menangis. Bahkan, ayahku menangis.

Aku mengingatinya kerana itulah saat kedua kalinya aku melihatnya menangis. Ibuku memandangku ketika tiba giliranku untuk mengucapkan selamat tinggal pada datok. Dia bertanya padaku, "Apakah kamu sudah tahu apa bahagian tubuh yang paling penting, sayang?" Aku terkejut ketika Ibu bertanya pada saat seperti ini. Aku sering berfikir, ini hanyalah permainan antara Ibu dan aku.

Ibu melihat tanda kebingungan diraut wajahku dan memberitahu, "Pertanyaan ini penting. Ini akan menunjukkan padamu apakah kamu sudah benar-benar "hidup". Untuk semua bahagian tubuh yang kamu beritahu padaku dulu, aku selalu berkata kamu salah dan aku telah memberitahu kamu kenapa. Tapi, hari ini adalah hari di mana kamu harus belajar pelajaran yang sangat penting." Dia memandangku dengan wajah keibuan.

Aku melihat matanya penuh dengan airmata. Dia berkata, "Sayangku, bahagian tubuh yang paling penting adalah bahumu." Aku bertanya, "Apakah kerana fungsinya untuk menahan kepala?" Ibu membalas, "Bukan, tapi kerana bahu dapat menahan kepala seorang teman atau orang yang kamu sayangi ketika mereka menangis. Kadang-kadang dalam hidup ini, semua orang perlu bahu untuk menangis. Aku cuma berharap, kamu punya cukup kasih sayang dan teman-teman agar kamu selalu mempunyai bahu untuk menangis bila-bila pun kamu memerlukannya."

Akhirnya, aku tahu, bahagian tubuh yang paling penting adalah tidak menjadi orang yang mementingkan diri sendiri. Tetapi, simpati terhadap penderitaan yang dialami oleh orang lain. Orang akan melupakan apa yang kamu katakan. Orang akan melupakan apa yang kamu lakukan. Tetapi, orang TIDAK akan pernah lupa bagaimana kamu membuat mereka bererti.

Just because the past is painful, Doesn?t mean the future will be. So never let events from the past,
Change the events for future, or You will be miserable forever?

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...

3 M

Pembentukan remaja yang menjadi tonggak kepada pembangunan negara.

R.E.M.A.J.A
Rasional
Efisen
Maju
Aktif
Juara
Amanah


Pembentukan individu muslim sering menjadi tanda tanya kepada masyarakat sekeliling, kemana hilangnya nilai sebuah anak bangsa.

3M
Mualim
Muadib
Mursyid



Bagaimana kita menghadapi dunia yang penuh pancaroba, kezaliman kepada diri sendiri juga kepada anak bangsa.

Wahai anak bangsa bangkitlah dengan semangat cintakan agama, cintakan kebahagiaan dan inginkan kesejahteraan dalam hidup.

Friday, March 20, 2009

Mama Papa Razi...!!


"Kebahagian"

Budak ini comel kelihatan dengan senyuman yang menawan. Kemanisan bibirnya mengukir senyuman. Keluarga bahagia pencetus keharmonian dalam kehidupan. Mama papa Razi mengisahkan kehidupan sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan yang penuh dengan halangan dan rintangan. Keluarga bahagia, inilah judul lagu nasyid yang terkenal di seluruh tanah air negara. Juga merupakan lagu yang diminati oleh penulis. "nurHuda" mengisahkan sebuah kehidupan keluarga bahagia adalah untuk membuktikan kepada semua bahawa kebahagian adalah tonggak kepada kekalnya sebuah perhubungan. Namun kini kebahagian semakin hilang, kegelisahan semakin berada tersirna di mata, masalah rumah tangga semakin kritikal.

p/s KOmen mengenai post kali ini. Sekadar pendapat untuk menghadapi rumah tanggakelak

Wednesday, March 18, 2009

Tuesday, March 17, 2009

Ibu engkau sumber ilhamku



oh ibu kau disiram bayu pagi,
diibarat lautan kering,

tiada tempat ku layarkan hasrat ku ini,
ku curahkan rasa hati,

Ku tatapi potret mu berulang kali,
ku renungkan kalimah yang diberi,

Tuhan yang esa ampunkan dosa ibu,
tempatkan mereka
di antara kekasih kekasih mu,

oh ibu kau kasih sejati
ku taburkan doa untuk mu ibu

ampunkanlah dosa ku
sejak ku dilahirkan
hingga akhir hayat ku

IBU......

Sunday, March 15, 2009

PPSMI















Berita terbaru mengenai PPSMI... Bantahan akan dijalankan, berapa ramaikah yang akan menyokong tindakan ini.?

Thursday, March 12, 2009

Sombong amalan syaitan

pandangan anda..?

Tuesday, March 10, 2009

Aku yang bergelar INSAN (menguji minda)

1. Patah hati menurut kamu?
=

2. Pernahkah kamu merasakanya?
=

3. bagaimana kamu bisa patah hati?
=

4. Berapa lama?
=

5. Bagaimana cara kamu mengobatinya..?
=

6. Pernahkah kamu mengalami patah hati yang kedua kali?
=

7. Saran kamu agar tidak tertimpa patah hati?
=

8. Adakah pengaruh pacaran dengan patah hati? Sebabnya?
=

9. Setujukah kamu kalau hubungan pria dan wanita dibatasi, artinya
...tidak boleh berdua-duaan sama sekali, kecuali dalam keadaan
...tertentu yang memaksa?
=

10. Setujukah kamu kalau Syariat Islam terkait dengan pergaulan
...(seperti tidak bleh berdua-duaan) diterapkan dalam sebuah
... Negara, yang artinya ketika ada orang melanggarnya dia akan
... mendapatkan teguran dari Negara, entah itu berupa nasehat
... ataupun sangsi? Alasan kamu?
=

p/s sekiranya anda berminat dengan post kali ini, tolong tinggalkan jawapan anda di tempat yang disediakan.. Sekian terima kasih....

Sunday, March 8, 2009

Nur Selawat-Rasulullah s.a.w Pemimpin Agong




Definisi Kepimpinan

Kepimpinan merupakan satu ’seni’ yang mengarah kepada suatu proses untuk menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu tujuan yang telah ditetapkan dengan mendorong mereka bertindak dengan cara yang tidak memaksa yakni kerana mereka mahu melakukannya. Kepimpinan yang baik menggerakkan manusia ke arah jangka panjang, yang betul-betul merupakan kepentingan mereka yang terbaik. Arah tersebut boleh bersifat umum, seperti penyebaran Islam ke seluruh dunia, atau khusus seperti mengadakan conference atau persidangan mengenai isu tertentu. Walaubagaimanapun, cara dan hasilnya haruslah memenuhi kepentingan terbaik orang-orang yang terlibat dalam pengertian jangka panjang yang nyata. Kepimpinan adalah suatu peranan dan juga merupakan suatu proses untuk mempengaruhi orang lain. Pemimpin adalah anggota dari suatu perkumpulan yang diberi kedudukan tertentu dan diharapkan dapat bertindak sesuai dengan kedudukannya. Seorang pemimpin adalah juga seseorang dalam suatu kumpulan yang diharapkan menggunakan pengaruhnya dalam mewujudkan dan mencapai tujuan kelompok. Pemimpin yang jujur ialah seorang yang memimpin dan bukan seorang yang menggunakan kedudukannya untuk memimpin.








Ciri-Ciri Pemimpin Islam

Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa pemimpin suatu kelompok adalah pelayan kelompok tersebut. Oleh kerana itu, pemimpin hendaklah melayani dan menolong orang lain untuk maju. Beberapa ciri penting yang menggambarkan kepimpinan Islam adalah seperti berikut:

  1. Setia Pemimpin dan orang yang dipimpin terikat kesetiaan kepada Allah.
  2. Tujuan Pemimpin melihat tujuan organisasi bukan saja berdasarkan kepentingan kelompok tetapi juga dalam ruang lingkup tujuan Islam yang lebih luas.
  3. Berpegang pada Syariat dan Akhlak Islam. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan golongan oposisi atau orang-orang yang tidak sehaluan dengannya.
  4. Pembawa Amanah. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Qur’an memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah dan menunjukkan sikap baik kepada pengikutnya sebagaimana Firman Allah SWT:

“iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang ma’ruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

(http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1433)


Rasulullah s.a.w pemimpin agung dan patut menjadi ikutan buat kita semua yang bergelar pemimpin tidak pada orang lain untuk memimpin diri sendiri.


Saturday, March 7, 2009

........


Ya Allah Jadikanlah aku hamba mu yang bertakwa,
Ya Allah Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi musuh ku,
Ya Allah Lapangankan dadah ku menghadapi mehna dan tribulasi Mu,
Bantulah hamba Mu ini meneruskan hidup dalam perjuangan agama Mu,
Sungguh aku tidaklah layak untuk berkata hal perjuangan,
Sungguh aku kerdil dan hina di sisi Mu,
Sungguh aku tidak berdaya menghadapi badai yang melanda,
Ringankanlah bebanan ku kerana aku tidak mampu.

Namun ku percaya Allah akan memberi pertolongan kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
Hanya Allah satu-satunya tempat memohon segala-galanya.
Ya Allah...!!!!!!

.....Berikan segala-galanya.....

Wednesday, March 4, 2009

Wahai Kaum Hawa

....Assalamualaikum w.b.t....
....Salam Blogger...

Allah telah mengurniakan kita Akal untuk berfikir. Dengan akal ia dapat membezakan kita dengan makluk ciptaan Allah yang lain seperti binatang, tumbuhan dan hidupan lain. Semulia-mulia ciptaan adalah manusia dengan akalnya. Namun dengan akal kita mampu menjadi binatang. Buktinya dewasa ini semakin manusia yang berada di lembah kehinaan, zina semakin berleluasa, tambahan pula maruah wanita semakin tiada nilainya.

Buka friendster group, dalam sesi dialog bersama teman-teman friendster, sempat mengutarakan pandangan berkenaan tajuk "Kenapa wanita begini..?". Pendahuluan, kenapa wanita zaman sekarang suka mengadai maruah kerana lelaki..? Siapa yang harus dipersalahkan..? Penulis pun berkongsi sedikit, Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi, Itulah perumpamaan bahawa wanita tidak akan sesuka hatinya menyerahkan segala miliknya tanpa desakan dari lelaki. Masalahnya di sini, perempuan tu pun satu, kalau pun nak mencari sesuap nasi, carilah yang halal. Pergi kelab malam menjual maruah demi untuk mencari sesuap nasi. Inilah dikatakan matlamat tak menghalalkan cara.

Sedih dan pilu juga hati mendengan nasib kaum hawa yang semakin ditindas. Sejarah membuktikan bahawa sebelum zaman Rasulullah, wanita adalah pembawa sial. Sesiapa yang melahirkan anak perempuan akan dipancung. Zaman ini dikenali sebagai zaman jahiliah, zaman kegelapan dan buta ilmu. Adalah tidak wajar kita kembali ke zaman jahiliah walhal dunia moden masa kini semakin berada di tahap yang membanggakan.

Kaum hawa yang dikasihi kerana Allah, jagalah dirimu, hiasi peribadimu, perindahkan akhlakmu seperti indahnya akhlak Siti Khadijah, Summayah, Balqis ataupun Rabiatul Adawiyah.
Mereka adalah suri teladan yang petut ada pada wanita zaman sekarang. Mengajak diri sendiri disamping kaum wanita yang lain untuk menuntut ilmu sebagai bekalan menghadapi zaman jahilia moden kini.

Sunday, March 1, 2009

....Kesedihan menusuk kalbu...

....Salam ukhuwahfillah....

...Benarkah jalan ku ini..

Kenapa kita perlu bersedih..? Ibarat wanita dengan air mata, tidak dapat dipisahkan oleh lautan luas.
Oh Ibu..!! Kenapa ini yang kita alami di saat ku rindukan kasih sayang mu..
Oh Ibu..!! Kenapa aku yang merasakannya keperitan bukan orang lain yang hidup dengan bilangan keluarga yang ramai, kita juga yang mengalami.
Oh Ibu..!! Aku tidak tahan lagi dengan dugaan yang menimpa kita. Sungguh jiwa ku sakit ditusuk kesedihan, sehingga aku rela untuk melakukan perkara di luar kawalan dengan menjualkan diri kepada orang tidak ku kenali, namun untuk mencari sesuap nasi aku perlu melakukan pekerjaan terkutuk ini.

Adakah aku patut berundur setelah ini jalan yang Allah berikan kepada ku..? Tidak mungkin aku akan berpatah balik ke pangkal jalan. Aku tidak perlukan bimbingan sesiapa yang ada di sisi. Kerana usiaku yang telah mencecah 20-an dan tidak lagi memerlukan khidmat nasihat.

Oh Ibu..!! Kenapa aku dibiarkan suatu ketika dahulu. Sedangkan aku adalah penyeri rumah tangga setelah ibu memperoleh cahaya mata pertama kali. Apakah salah ku...? Adakah aku yang berdosa..? Hukuman jenis apakah yang menimpa ini.. Apapun keperitan dalam menjalani kehidupan benar-benar mengajarku untuk terus tabah dan menghadapi ujian ini dengan lapang dadah.

2 tahun kemudian...


Aku menemui sinar baru dalam hidup, setelah aku bertemu seorang ustazah di sebuah terminal bas. Kebetulan aku betul-betul memerlukan santapan rohani berkonsepkan Islamik ketika itu. Masih terdengan bisikan suaranya yang merdu.
  • Engkau harus tabah menghadapi ujian ini.
  • Engkau tidak boleh lari dari segala masalah kerana setiap manusia mempunyai masalahnya terseniri. Walhal kitalah yang paling mulia di sisi Allah jika kita bertakwa.
  • Pernahkah terdetik dalam hati "saya ingin menghayati Erti Islam sepenuhnya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan".
  • Teruskan mencari sirna hidup dan juga jalan kebahagiaan nescaya nertemu cinta yang hakiki.
  • Jika sebelum ini engkau pernah kecundang usah biarkan pisang berbuah dua kali. Jauhkan dirimu dari lembah kemaksiatan.
  • Tingkatkan amal perkasakan seruan Ilahi, taatlah perintah Allah dan Rasul, Tunaikanlah solat 5 waktu sehari semalam dan laksanakan rukun-rukun dalam Islam.
  • Yakinlah bahawa Allah itu Esa, dan tiada duanya.
Akhirnya, hidupnya diselubungi sinaran cahaya, walaupun kegelapan alam barzakh tidak boleh dilihat dengan pancaindra. Nur ilahi menyinari kehidupannya di alam sana. Mudah-mudahan bertemu Syurga Allah.

p/s Sekadar perkongsian dan luahan rasa, cerita ini hanya sebagai memperingati kaum wanita. Betapa peripentingnya kita tabah dalam menghadapi ujian yang melanda. Semoga kita terus cekal dalam mengjhadapi ujianNya. Walaupun kita insan lemah tapi jangan disangka tangan yang lembut menghayun buaian mampu megoncang dunia.