Followers

Akuarium Qu

Sunday, November 30, 2008

Rindunya

Kerinduan pada kg halaman berakhir pada 24hb November yg lalu, setelah saya dan kwn2 balik bersama2 dari labuan ke Tawau. Malangnya, saya seorang ja dari Tawau. Ndak pa la apa mau ditakut, Allah kan ada menemani di sisi. Kita jak yang selalu lupa kat Dia.

Seminggu sebelum balik memang da sibuk dengan meting ini, meting itu. Nasib baik dekat ja tempat meting. Boleh la datang mana yang mampu.

Sehari sebelum balik tu, sempat lg berangan2. "Kalau la umah ku dekat dengan UMSKAL kan senang. Ini tidak kena merentasi laut cina selatan, pas tu kena menempuh gunung ganang lagi, di Kundasang. Barulah boleh terus ke Tawau. Sandakan, Lahad Datu dan Kunak juga menjadi laluan. Pendek kata, kalau mau pi tawau, satu Sabah kita lalui. Beruntung lah siapa yang pernah ke Tawau. Terutamanya budak dari Semenanjung. Jom g Tawau...!!! Uiii siap promot lg.

Bercerita sikit, baru-baru ni, masa kat umah di Felda Umas. Datang ja kat umah dari KK ari tu balik Tawau. Mak dan Ayah jemput. Uiii terubat lagi rindu. Dah la sampai pukul 3 di umah terus tidak tido. Nanti tidak terjaga Subuh. Silap haribulan Solat subuh pun kantoi. Nasip baik la mata ku tido ndak mau tido.

Beberapa hari duk umah, plan mau kerja. Tapi ndak da tempat yang boleh aplai kerja sambilan. Ada pun jauh dari rumah. Duit lagi..!! Save budget ba klu dekat-dekat jak.

K la, tu ja la dulu.. Sambung lag nanti ya... Mau urus Praktikal lagi ni...

Wassalam...

Sunday, November 23, 2008

Wahai Sahabat...!!!

Wahai sahabat...!!!
Dimanakah kita berada sekarang....?
Adakah di medan perang atau di medan kita menikmati kehidupan dunia yang penuh panca roba.
Ke mana menghilang semangat juang...?
Di mana janji-janji manis sebagai individu yang bergelar insan...?
Di mana usaha untuk meletakkan diri bersama mereka yang telah mengecapi kejayaan...?
Semangat juang menjadi kunci.
Wahai Sahabat...!!!
Kesedihan, kegembiraan, kedukaan dan tidak lupa juga ketawa riang.
Mampukah diri ini menempuh hidup sendirian...?
Oh tidak mampu ku ungkapkan.
Wahai Sahabat...!!!
Kenangan hidup bersamamu amat ku rindukan
Ku hanya mampu untuk menanti mu di pintu syurga
Namun adakah kita layak untuk memasukinya.
Oh tidak ku insan yang hina
Dan tidak layak mencium bauan syurga.
Wahai Sahabat...!!!
Hargailah masa setiap detik kita bersama
Setiap saat kita bersua
Setiap detik denyup jantung mu berada di telinga
Namun ku sandarkan hanya pada rabbul izzati.
Wahai Sahabat...!!!
Dalam kita mencari pahala di sisi Allah
Mardatillah adalah keutamaan
Dalam kita bergerak kerja untuk Islam
Nawaitu Lillahi ta'ala.
Wahai Sahabat...!!!
Sahabat yang mengenali kita dengan lebih rapat
Bermaknakah setiap apa yang kita korbankan bersama
Sudah tentu ia menuju ke arah
Redha Allah.
Wahai Sahabat...!!!
Usah dicari kesalahan
Usah dicari kelemahan
Hargai setiap pengorbanan
Hargai setap kasih sayang yang dicuahkan
Hanya engkau menjadi rujukan.
Wahai Sahabat...!!!
Walau engkau berada jauh di mata
Namun roh mu ada di hati
Sama seperti
Jauh Di Mata Dekat Di Hati.

Friday, November 21, 2008

Ustaziatul Alam

Assalamualaikum w.b.t. Salam Ukhuwahfillahfillah... Salam Pertemuan....
Pendirian manusia yang sentiasa berubah-ubah mendorong untuk kita tidak dapat mengenal pasti siapa dia sebenarnya. Pendirian manusia juga sering disamaertikan dengan sikap peribadinya. Sejauhmana ustaziatul mampu mencorak dunia. Mampukah ia merubah keadaan semasa.
Ustaziatul alam adalah satu konsep yang didefinisikan sebagai penguasa alam. Penguasa alam bukan sahaja bermakna ia mampu untuk menguasa dunia malah kuasanya untuk mencorak keadaan. Adakah ustaziatul ini boleh disifatkan sebagai gila kuasa atau hanya sebagai sikap atau sifat manusia.
Buka minda canang idea dan aplikasikan untuk mengubah keadaan. Tindakan ini adalah usaha ke arah ustaziatul iaitu penguasa. Berfikir sejenak mampu untuk mencorak bagaimana ustaziatul yang sebenarnya.
Teringat pula nama seorang sahabat, namanya Ustaziatul Alam. Baguslah sekurang-kurangnya apabila dia menggunakan nama ustaziatul alam dia merasakan mampu untuk mencorak, tidak dapat mengubah keadaan tapi dia mampu mambimbing dirinya sendiri. Betul tak ustaziatul alam....?

Tuesday, November 18, 2008

Inikah yang kita mahukan..?





Mentafsir realiti malaysia kini..!!!

Saturday, November 15, 2008

Bicara Kata

Terlajak Perahu Boleh Ku Undur, Terlajak Kata Badan Binasa

Friday, November 14, 2008

Luahan hati ku hari ini...

Assalamualaikum w.b.t. Salam ukhuwafillah... Salam Islam untuk semua..
Alhamdulillah perjalanan hidup kita hari ni masih disinari nikmat Allah iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Adakah kita bersyukur dengan nikmat yang ada..? Baru ja lepas maghrib tadi dengar pengisian dari seorang sahabat tentang erti bersyukur. Dalam penyampaiannya dalam sebuah bulatan kecil yang mendidik untuk menjadi seorang hamba Allah yang tahu rasa bersyukur membantu penulis pula untuk meluah perasaan apa yang tersurat san tersirat dalam hati.
Siapa kita untuk menghitung dan berkira dengan nikmat yang Allah berikan. Walhal dalam diri dengan tertanamnya rasa sifat tamak akan sesuatu mendorong kita untuk tidak ambil tahu pun sedikit erti bersyukur. Tidak dinafikan bahawa manusia mempunyai keperluan dan kehendak dalam diri tapi bagaimana kita hendak memenenuhi kedua-dua keinginan manusia itu. Cukupkah kita memenehui keperluan sahaja sedangkan kehendak juga perlu diambil kira. Cuba kita kaitkan dengan erti bersyukur.
Sempatkah kita mentafsir realiti manusia hari ini. Dengan masa yang sentiasa mencemburui kita walhal masa yang diperuntukan bagi seorang manusia adalah sama iaitu 24 Jam. Cuma bagi mereka yang mengisi masa mereka dengan perkara yang baik maka beruntunglah. Bagaimana pula dengan mereka yang lebih menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Mengapa berlaku sedemikian. Kita tidak sedar bahawa manusia diciptakan kedunia hanyalah untuk mengabdikan diri semata-mata kepada Allah. Rugilah mereka yang menyembah selain Allah. Bersyukurkah kita apabila diuji kita mengeluh, apabila ditarik nikmat kesihatan sedikit marah dengan Allah, adakah ini adil bagiNya. Allah tidak pernah pun marah kalau kita benci Allah, malah diberikan lagi nikmat yang tidak terhingga dan tidak boleh dihitung dengan jari pun.
Manusia-manusia sedarlah diri kita hidup di dunia ini hanya sementara, segala nikmat yang dimuliki pun hanya pinjaman dari Allah tujuannya adalah untuk menilai sejauh mana kita bersyukur. Fatwah yang dikeluarkan iaitu fatwa berkaitan dengan pengkid dan tomboy mengambarkan sedikit demi sedikit manusia kini tidak tahu erti bersyukur. Adakah patut kahwin sejenis dihalalkan. Ini adalah satu perbuatan yang keji sehinggakan Kes Liwat DSAI dengan Saiful telah difatwakan untuk dihalalkan kerana hubungan sejenis tidak menjadi penghalang kerana ia adalah fitrah menusia. Kejamnya manusia terhadap dirinya sendiri. Mudah-mudahan dijauhkan.
Balik sahaja dari masjid lepas Isya, hujan lebat turun. Entahlah sejak kebelakangan ni hujan sentiasa membasahi bumi dah tu mesti time balik umah. Dugaan..!! Berkira lagi, patut kita bersyukur dengan nikmat hujan yang Allah turunkan. Penulis terasa ia adalah pemberian Allah kepada hambanya kerana tanpa Allah turunkan hujan kita tidak akan dapat meneguk air minuman yang boleh membasahi kerongkong ketika dahaga. Malam ni penulis hendak berkongsi tentang erti bersyukur sahaja.
Alhamdulillah dapat juga makan sekeping roti canai yang dijual di cafe. Sedap pula tu..!! Rindu pula roti canai yang ayah selalu belikan kalau pergi ke bandar. Tengok nikmat ALlah tidak akan pernah putus. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Sebelum ni sempat juga masukkan post berkenaan bersyukur tapi just copy, edit sikit baru masukkan dalam blog Luahan hati bersama ni.
Setakat itu sahaja lah perkongsian luahan hati penulis malam ni. Bab penulis create post ni pun pas balik dari cafe. Sampai-sampai ja buka laptop buka blog. Itulah rutin harian yang biasa dilakukan apabila ada masa terluang. Ambillah mana yang boleh dijadikan ikhtibar. Penulis hanya menyampaikan apa yang diperolehi hari ini. Sebenarnya ada banyak lagi tapi atas kesempitan waktu penulisan perlu dihentikan setakat ini. Namun itu bukan penghalang untuk mara ke hadapan menjadi seorang penulis yang berjaya suatu hari nanti. InsyaALlah.
-Wassalam-

Wednesday, November 12, 2008

Rukun mengerjakan Maksiat

Tanpa disedari kita telah melakukan kelalaian hari ini. Mengajak sahabat untuk mengenali 5 rukun maksiat.

1) Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

2) "Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

3) "Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

4) Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat. Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut dating hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

5) "Apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

P/s Jagalah hati jangan kau kotori. Kita sibuk nasihatkan orang lain walhal ilmu di dadah tak lengkap. Membaca artikel, baca blog, usrah, dengar ceramah, banyak lagi sumber yang boleh digunakan untuk menambah ilmu di dadah. Bagi pengisian kat orang diri sendiri tidak pernah diisi. Ini luahan hati daripada seorang sahabat yang menyedarkan hakikat kita menyampaikan dakwa mesti disertakan dengan ilmu.

(http://suara-ummah.blogspot.com/2008/11/rukun-melakukan-maksiat.html)

Pengalaman semasa di kampus- Sambungan

Assalamualaikum w.b.t. Salam ukhuwahfillah.. Salam Jihad Fisabilillah...
Sesungguhnya mati di jalan Allah itu adalah cita tertinggi kami. Bersemangat pula dengar sepotong lirik lagu daripada sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Aeman, tajuk lagu "Beramal kerana Allah". Inilah lagu pertama yang diperdengarkan kepada kami semasa menghadiri program dakwa semasa tahun satu. Program tersebut mula mendedahkan kepada kami tentang perjalanan perjuangan Rasulullah secara ringkasnya. Nama program tu "Kem menjejak hidayah" sesuai dengan namanya hati yang kosong mula diisi dengan sedikit ilmu mengenai Allah dan perjuangan Rasulullah.
Semasa zaman Rasulullah suatu ketika dahulu, ramai para sahabat yang turut serta dalam perjuangan Baginda. Di antara sahabat-sahabat yang setia bersama Rasulullah adalah Saidina Abu Bakar As-Siddik, Ali Bin Abi Talib, Uthman Bin Anfal, Bilal Bin Raba dan ramai lagi yang akan dan telah dijanjikan masuk syurga. Adakah kita menanamkan cita-cita seperti mereka untuk memilih jalan berjuang Jihad Fisabililllah kemudian Allah menjanjikan syurga sebagai balasan mereka yang mati syahid. InsyaAllah kalau diizinkan. Kerana mati semasa menuntut ilmu kerana Allah boleh dikategorikan sebagai mati syahid, pendapat yang diutarakan oleh Ustazah seorang sahabat semalam berdiskusi dengan seorang kakak yang bekas naqibah saya dulu.
Hii gopenghagen, nak tau kisah selanjutnya yang masih belum terjawabkan. Boleh ba kalau ko..!!! Kata orang tawau. Kasar sikit, kat Tawau itu bahasa yang biasa digunakan. Koman la ye..!! Sambung cerita "pengalaman semasa di kampus". Sampai mana tu hari...? Pesanan Rasulullah dalam khutbah terakhirnya... Di kampus ni lah juga kita akan mengenali pelbagai jenis dan ragam manusia yang datang dari pelusuk negeri. Ada yang dari Sabah, ada yang datang dari Sarawak tidak lupa juga pelajar yang datang dari semenanjung.
Lebih-lebih lagi, kami sekarang ni menuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) satu kawasan yang kata orang terpencil daripada kesibukan bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur. Tapi sosialnya tidak kurang hebatnya. Malah arak menjadi air minuman seharian. Kena lagi Labuan in adalah pulau bebas cukai. Sekarang ni jak lah, kami mula menyedari sosial di sini sebab sebelum ni tidak nampak lagi dan tidak peka lagi dengan kedaan semasa. Baru dalam semua perkara. Tapi alhamdulillah, setelah melalui beberapa peringkat pendidikan dalam bergerak sebagai pendakwa, Allah buka peluang untuk kami mendalami ilmuNya dengan mudah.
Dari tadi sembang kosong tanpa dalil ja, macam mana orang boleh percaya apa yang kita sampaikan. Pernah dengar tak kata pujangga yang menjadi sindiran sinis kepada penulis, kata-kata yang boleh mendidik jiwa untuk menjadi lebih berani melontarkan pandangan iaitu "cakap tak serupa bikin" yang mana lebi kurang maksudnya, kita tidak boleh cakap kosong semasa menyampaikan sesuatu kena ada bukti yang kukuh dan sah untuk dijadikan hujah dalam berbicara. Pendakwa mesti mendalami ilmu ini sebagai bekalan di luar kelak. Ini lagi sedikit ilmu yang boleh dikongsi. Sebelum ni saya suka melontarkan idea yang ikut suka ja nak bagi. Asalkan terlintas di fikiran sesuai dikeluarkan juga kata-kata yang boleh menyakitkan hati malah siap marah lagi kalau kata-katanya tidak didengar.
Berkata-kata tanpa dalil adalah satu bencana pada diri. Sedikit peringatan daripada seorang sahabat, Kata-kata ni ibarat meminum ubat ketika sakit, apabila kita terlebih mengambil ubat ia boleh memudaratkan. Begitulah juga dengan kita dalam berkata-kata. Yang boleh memudaratkan diri sendiri kerana orang pertama diuji apabila ia yang menyampaikan sesuatu pesanan.
Sambunga lagi..... maf la ada keja nak siapkan.

Sunday, November 9, 2008

Saturday, November 8, 2008

BUdak Pemain Jalanan


Comelnya adik ni..!! Betul tak....!!! Tapi sayang.... Bagaimanalah nasip budak ni 20 tahun akan datang..? Kecik-kecik da pandai main gitar.

Abad ke 20 ini, banyak gejala yang tidak sihat semakin menular di kalangan anak muda terutamanya remaja. Sanggupkah kita membiarkan anak kecil ini terus bermain muzik dan menjadi pemain jalanan...

Saya sendiri adalah seorang yang suka akan hiburan. Tapi hiburan jenis bagaimana yang digalakan.

Jom kita selamatkan anak bangsa dari terus terjebak dengan gejala ini.

Melahirkan anak muda yang bersih daripada gejalah tidak sihat adalah tanggungjawab bersama.

P/s Sekadar perkongsian pendapat setelah berpengalaman menentang program hiburan di sekolah.

Thursday, November 6, 2008

Bahaya ketawa

Gelak ketawa dilarang Islam. Menurut pandangan Islam, bergelak tertawa adalah tidak baik dan makruh hukumnya. Ibn Mas’ud meriwayatkan dari Auf bin Abdullah bahawa biasanya Rasulullah S.A.W. tidak tertawa melainkan senyum simpul dan tidak suka melerek, iaitu tidak menoleh, kecuali dengan semua wajahnya. Hadis itu menunjukkan bahawa senyum itu sunat dan tertawa berbahak- bahak adalah makruh.

Maka itu seseorang yang sihat akal dilarang bergelak tertawa kerana mereka banyak bergelak ketawa di dunia akan banyak menangis di akhirat. Orang yang banyak menangis di duniamereka akan banyak tertawa di syurga.
Menurut Yahya bin Muaadz Ar-razi, ada empat perkara yang
menghilangkan tertawa seseorang Mukmin :-

(1) Kerana memikirkan akhirat

(2) Kesibukan mencari keperluan hidup

(3) Risau memikirkan dosa

(4) Apabila tibanya musibah dan bala.
Maka itu kita perlu awas daripada bergelak tertawa kerana
perbuatan itu mengandungi lapan bahaya :-

(1) Dicela oleh ulama dan orang yang sopan serta sempurna
akal.

(2) Memberanikan orang bodoh kepada kita.

(3) Jika bodoh akan bertambah kebodohannya, jika alim akan
berkurangan ilmunya kerana seorang alim yang tertawa bererti
telah memuntahkan ilmunya.

(4) Melupakan dosa-dosa yang lalu.

(5) Melupakan mati dan akhirat.

(6) Berani berbuat dosa kerana apabila tertawa nescaya akan
membekukan hati.

(7) Menanggung dosa orang yang tertawa kerana tertawaan kita.

(8) Akan banyak menangis di akhirat.

Sabda Baginda saw : "Banyak ketawa itu mematikan hati dan
melalaikan daripada mengingati akhirat dan mempusakai marah
dalam hati".

Obama's popular vote/Obama mendapat undian paling tinggi

English version
Who Obama's....?
He is a president of US - 44.
"I will do everything in my power to prevent Iran from obtaining a nuclear weapon," the Democratic presidential nominee told thousands of members of the American Israel Public Affairs Committee in Washington on Wednesday. "Let there be no doubt: I will always keep the threat of military action on the table to defend our security and our ally Israel," He said after announce to be a President.
Edisi Bahasa Melayu
Dia Obama's....?

Dia adalah seorang presiden AS yang ke 44.
"Saya akan melakukan semua dalam saya berkuasa membendung Iran daripada mendapat satu senjata nuklear," Democratic penama presiden diberitahu beribu ahli Committee Affairs Israel Public dan Amerika di Washington pada hari Rabu. "Membiarkan di sana menjadi tidak syak: Kehendak saya selalu menyimpan ancaman tindakan ketenteraan atas meja mempertahankan kita keselamatan dan sekutu kita Israel," Katanya selepas mengumumkan menjadi satu Presiden.
Mampukah ia mengisi kemenangan selepas dilantik menjadi presiden..? Apakah tindakannya setelah berkata demikian. Nantikan kehadiran isu hangat ini. Jom kita explore bersama.