Pg ni jom g rehlah..!!!!
Friday, January 30, 2009
Wednesday, January 28, 2009
"Australia is Oversea"
Baru-baru ini, seorang sahabat telah memberi cadangan untuk menceritakan pengalaman semasa berada di sana. Kebetulan pertama kali mengadakan lawatan ke luar negara, kami bersama teman-teman daripada Kampus Induk berpakat untuk memilih Australia sebagai destinasi untuk kunjungan kehormat ke universiti-universiti kali ini.
The University of Melboune
The Unitersity of Sdney
Pengalaman adalah guru yang paling baik untuk mengambil pengajaran. Kenangan manis tidak akan dapat dilupakan. Oleh itu izinkan penulis untuk bercerita serba sedikit tentang perjalanan program selama 8 hari itu. Jika sebelum ini penulis tidak pernah mengimpikan untuk ke luar negara, bulan Desember 2008 penulis telah mendapat penggilan telefon daripada pengarah program bahawa kami akan mengadakan program pengantarabangsaan yang ditujukan khas buat mantan-mantan pimpinan universiti. Di mana program ini sudah menjadi tradisi setiap pimpinan di universiti. Walaupun ramai pelajar yang menganggap kami pergi untuk melancong semata-mata.
Bukan niat penulis untuk menimbulkan kontroversi mengenai tujuan pimpinan pelajar pergi ke luar negara setiap pimpinan yang mereka pegang. Sebab sebelum ini, penulis pernah mendapat satu mesej dari seorang sahabat."Kenapa nak pergi..? Bukankah itu just menghabiskan duit pelajar lain, duit rakyat." Bagi mereka yang tidak memahami apa tujuan sebenar kami mengadakan program ini akan berkata sedemikian. Namun Islam mengajar penulis untuk sentiasa bersikap berlapang dada dan menerima segala tomahan. Teringat Firman ALlah, "Adakah seorang itu mengaku beriman sedang dia tidak diuji", (Surah Al-Ankabut:2). Ayat ini memberi semangat dan kekuatan kepada penulis untuk menjawab segala persoalan daripada teman-teman di sekeliling.
Sedikit perkongsian mengenai mehna dan tribulasi yang dihadapi sebelum pergi ke sana. Jom ke Australia...!!
Sebelum menceritakan pengalaman di sana, suka saya berkongsi beberapa perkataan yang baru saya temui dalam program tersebut. Di antaranya, "Have a good days" ini adalah perkataan pertama yang diajarkan oleh pemandu pelancong bernama Micheal. Keramahan Micheal membuatkan kami selesa berada bersama selama berada di Melboune, destinasi pertama menjejakkan kaki ke Australia. Melboune sangat menekankan mengenai masa, tidak hairanlah setiap kali kami sering ditekankan mengenai pengurusan masa.
Selain itu, Wah meletup..!!! Perkataan ini akan keluar daripada mulut peserta yang menyertai program ini. Dalam program selama 8 hari itu juga, saya belajar 6 bahasa dengan satu makna bahasa melayu iaitu terima kasih. Bahasa Melayu = Terima kasih, Bahasa Inggerish = Thank You, Bahasa cina = Toche, Bahasa India = Nandre, Bahasa Arabnya = Syukran, Bahasa Jepun = harigato, Hai... Bukan itu sahaja malah saya dapat mempelajari cara orang British bercakap dalam bahasa seharian iaitu Bahasa Inggerish. Malaysia terkenal dengan Bahasa Melayu manakala di australia menggunakan Bahasa Inggerish paten British sebagai bahasa perantara. Tidak terniat untuk mengaggungkan bahasa orang lain tapi sekadar peringatan akan kepentingan bahasa.
Ada banyak lagi yang tidak tersenarai. Kita beralih ke topik utama yang ingin saya kongsikan iaitu kehidupan muslim di sebuah negara yang bukan Islam. Sungguh agama yang Syumul adalah agama Islam. Islam ada di mana-mana, seluruh pelosok dunia. Berdasarkan pemerhatian yang sempat diteliti dan bertanya sendiri dengan pemandu pelancong bahawa "Here also have a muslim's, i'am right...? saya bertanya dengan Micheal. "Yes, of course..". Lihat dengan mata sendiri kehidupan muslim di sana tidak ramai berbanding di Malaysia, dan berada dalam keadaan yang sederhana. Maksudnya di sini, hanya sebilangan kecil mereka yang mengamalkan Islam sepenuhnya. Namun, itu bukan penghalang bagi mereka tidak menganuti Islam di negara yang bukan negara Islam.
Respon daripada seorng pelajar malaysia di QeenslandUniversiti, Brisbane, kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara ni adalah di kalangan mereka yang bijak pandai, pengajian ditaja sepenuhnya oleh sponsership kat Malaysia. Mereka ni di kalangan mereka yang bijak pandai, penguasaan terhadap bahasa inggerish tak payah nak cerita, Wah meletup..!!! Tapi melayu tidak kan hillang di dunia. Kami disambut dengan besar tapak tangan niru kami tadahkan. Sesiapa sahaja pelajar dari Malaysia belajar di sana kami temui dengan senyuman. Alangkah indahnya akhlak yang dipaparkan oleh mereka.
Alhamdulillah program itu telah memberi banyak kesedaran dalam diri penulis. Banyak sehingga ia mampu memberi satu titik permulaan untuk mara ke hadapan. Teman-teman sedia maklum bahawa penulis juga di kalangan mereka yang cetek ilmu, sekurang-kurangnya lawatan sambil belajar yang disertainya ini memberi manfaat untuk menempuhi hidup sebagai seorang anak, pelajar, kakak, makcik, ibu dan seterusnya muslimah profesional. Ameeennnn....!!!
Perkongsian gambar menarik,
Sunday, January 25, 2009
Gerak kerja Vs Perasaan
Perbualan di antara dua sahabat yang rindukan cinta di jalan ALlah. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang mati. Seandainya anda ingin ambik pengajaran, dialu-alukan.
Dila : Dila ndak mau ikut postmoterm la....
Wani : Tak boleh ba..!! Di situlah kita belajar cara berorganisasi. Rugilah.
Dila : Tapi, Dila malu ba...
Wani : Malu biar bertempat sayang. Takkan bagi ceramah depan orang nak cakap tidak mahu
gara-gara malu kot. Anggap la postmoterm tu sebagai medan untuk menuntut ilmu. Di
situlah juga kita dapat kumpulkan hujah-hujah yang bernas. Tujuannya untuk
sampaikan ilmu kepada orang.
Dila : Siapa la dila ni wani....
Wani : Makanya belajar dong...!!!
Dila : huhuhu... Tak tau la wani...
Wani : Dah la kita tiada ilmu, ndak mau lagi belajar. Bah apa tujuan kita hidup...? Kata nak jadi
khalifah Allah. Apa peranan kita diciptakan...? Jauhkan diri dari menjadi bodoh
sombong. Tak tau bertanya.
Dila : Ya la... Ada sebahagian tu... Ndak puas sti dengan kita ba... Dila pun ndak tau.
Wani : Kes-kes tak puas hati tu adalah mehna dan tribulasi Allah sajikan kepada kita sebagai
pejuang agama. Pandai-pandailah bawa diri. Mana lebih utama Allah atau Manusia..?
Apa peduli orang yang cam tu. Biarkanlah, peduli apa yg diorang cakap. Kita nak
mencari keredhaan Allah perlu ada korbankan sesuatu. Cubalah untuk hosnuzon
(bersangka baik). Mungkin kita ada masalah hubungan dengan ALlah. Cari punca dan
jalan penyelesaian.
Dila : Bah... Apa-apa lah...!!!
Wani : Sayang...!!! Wani pun pernah rasa apa yang dila rasa. Wani pun hampir menjauhkan
diri dari semua apa masalah yang ada. Nak ja buat kerja sendiri-sendiri. Tapi kita tak
mampu ba. Tu yang perlu ada sahabat-sahabat di sekeliling. Hadam, Khatam dan
hayati (Surah As-Saff 61:1-14). Baru kita tahu nilai berorganisasi macam mana.
Dila : Tau, tapi... Dila pun pening-pening lalat uda.. huhuhu....
Wani : Pening-pening lalat, gara-gara apa..?
Dila : huhuhu... Mau tido ba...
Wani : Bah.. Sapu-sapu mata dengan tangan, sambil-sambil tu, baca "Istihazah" = auzubillah
hi minassyaitan arrajim. InsyaALlah mata di lindungi daripada gangguan syaitan.
Dila : Hehehe... InsyaALlah... Ba, nanti dila cuba... wani..wani...wani...
Wani : Apa...?
Dila : YEAH3, wani perasan tak..? Kalau ikutkan hati, mau aja dila lari jauh-jauh. Dila ndak
sanggup suda kat sini.
Wani : Jadi...? Share la dengan wani mana tau boleh settle masalah. Apa tindakan dila klu tak
tahan uda...?
Dila : Sabar... Kalau boleh dila mau lari ja dari semua masalah... Dila nak tenangkan diri, nak
balik kampung.
Wani : Sampai bila nak lari dari masalah...? Di luar lagi dasyat mesti lmehna dan tribulasinya.
Ni baru kat kampus da mengeluh. Macam mana ni...?
Dila : hehehe... Wani.. Bagi tazkirah konon....
Wani : "Wahai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad (kembali) di antara kamu
dari agamanya (Islam), nanti ALlah akan mendatangkan satu kaum, Allah mengasihi
mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka berlemah lembut terhadap orang-orang
yang beriman dan keras terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang di jalan ALlah
dan tidak takut celaan orang yang suka mencelah. Demikianlah kurniaan Allah,
diberikannya kepada yang dikehendakiNya. (Surah Al-Maidah 5:54). Hayati bah...!!
Dila : Terima kasih Wani.. hehehe lagi dong...
Wani : Makanya..."Amat besar kebencian di sisi Allah, apabila kamu mengatakan sesuatu
yang tidak kamu perbuat. (Surah As-Saff 61:3). Kita tahu manusia diutuskan adalah
tujuan untuk beribadah, tunduk dan patuh akan perintahNya. Amar makruf Nahi
mungkar (Surah Al-Imran 3:104). Namun, Allah tidak akan membebankan
seseorang bukan atas kemampuannya.(Surah AL-Baqarah 2:286).
Dila : Wah terisi juga akhirnya. Apa pun wani, teruskan menasihatkan kawan mu ni, hampir-
hampir ja bunuh diri. Tapi masih waras lagi ba.
p/s Jadilah Wani yang prihatin kepada temannya. Dila pun satu jangan cepat cutus asa. Usaha tangga kejayaan. What you see is what you get.
Friday, January 23, 2009
Thursday, January 22, 2009
Siapa paling kuat ujiannya...?
Saturday, January 10, 2009
Palastin.............;)

Bagaimanakah nasib mereka di sana...? Persoalan ini sering ternyiang ditelinga selepas pengeboman Gaza baru-baru ini. Malaysia dipenuhi dengan keindahan, kemewahan, dan keselesaan sedangkan mereka digelemungi dengan penindasan dan kesengsaraan.
Luahan hati bersama kali ini mendoakan agar mereka dilindungi dan dijauhkan daripada serangan musuh. We want peace..!!! Selamatkan Palastin. Hidup... Hidup... Hidup Palastin, Hancur... Hancur... Hancur Israel. Itulah laungan semangat pejuang-pejuang Islam. Daulah kan Islam di selruh dunia.
Artikel ini ditujukan khas buat mereka yang mencintakan kedamaian. Kita menyahut seruhan mereka yang menginginkan Palastin terselamat daripada serangan mereka yang tidak berperikemanusian. Namun perlu diingatkan behawa Allah telah menjanjikan Palastin hanya akan aman apabila kiamat semakin hampir. Ini adalah satu tanda-tanda kecil tibanya kiamat. Nauzubillah...
"Ya Allah, selamatkanlah mereka". Amin.... Doa paling mujarab adalah doa seorang sahabat yang tiada bersamanya. Mudah-mudahan dengan usaha yang sedikit ini mampu untuk membantu mengurangkan bebanan yang mereka alami.
Di mana peranan kita...?
Tuesday, January 6, 2009
Syarat-syarat diterima amalan
1) Niat ikhlas kepada Allah . Dalilnya firman Allah maksudnya : "Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar" ( surah Al-Baiyinah :5)
2)Mengikut Sunnah Nabi. Dalilnya sabda Nabi maksudnya: "Barangsiapa yang beramal dengan satu amalan yang bukan dari pertunjuk kami maka ia tertolak" atau hadith :"barangsiapa yang mengreka-reka satu amalan dalam agama dimana amalan itu bukan dari agama maka ia tertolak ( tidak diterima)" [ hadith dari Aisyah r.aha riwayat Al-Bukhari dan Muslim , Kitab Syarah Sunnah oleh Al-Baghawi : jz 1/ ms 211 ]
Telur menjadi modus operandi untuk mengertak orang
Sunday, January 4, 2009
MENGAPA IBADAT SEMBAHYANG TIDAK MEMBANGUNKAN INSAN
peringkat-peringkat sembahyang,nilaikan dimana tahap sembahyang kita.Dalam era membaiki diri ini,kita check sembahyang kita,nanti akan terjawab kenapa kita tidak dibantu,dan ini juga gambara secara keseluruhannya,mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti dulu.
Golongan 1. kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang,bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang,mereka telah jatuh kafir.imam maliki kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab.imam syafie kata jatuh fasik(pun masuk neraka juga)kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu..
Golongan 2.orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja,bacaan pun masih tak betul,taklid buta,main ikut-ikut orang saja.belajar sembahyang maupun secara rasmi atau tak rasmi tak ada.ilmu tentang sembahyang tiada.golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaan derhaka kepada allah taala.
Golongan 3. orang yang mengerjakan sembahyang,bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang,tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat.jadi mereka ini sekejap sembahyang,sekejap tidak.kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang,kalau sibuk dan terkocoh kacah,ada program kenduri,pesta ria,berziarah,bermusafir,letih dan penat,maka ia tak sembahyang.orang ini jatuh fasik.
Golongan 4. orang yang sembahyang,kalaupun ilmunya tepat,fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau periksa satu persatu bacaannya,lafaznya banyak yang dia tak faham,fikiranya tak berpusat atau tak tertumpuh sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakan itu disebabkan tak faham apa yang dia baca.cuma main hafal saja.jadi fikiranya masih melayang menigatkan perkara dunia dan alam sekeliling.fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang.neraka wali bagi orang ini.
Golongan 5. golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu,tepat ilmunya,faham setiap bacaan sembahyan,fatihahnya,doa iftitahnya,tahiyyatnya,tapi tak hayati dalam sembahyang itu.fikiranya masih melayang mengingatkan perkara dunia,dek kerana faham saja tatapi tidak dihayati.golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6. golongan ini baik sedikit dari golongan yang lima tadi,tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya,sekali sekala khusyuk,sekali sekala lalai pula.bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,teruslah terbawa bawa,berkhayal dan seterusnya.bila teringatkan Allah secara tiba-tiba maka insaf dan sedarlah semula.cuba dibawa hatinya serta fikiranya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya.begitulah sehingga selesai sembahyangnya.ia merintih dan tak mahu jadi begitu,tetapi terjadi jua.golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa.nafsunya bertahap mulhamah(bererti menyesal akan kelalainnya dan cuba baiki semula,tapi masih tak berdaya kerana tiada kekuatan jiwa).golongan ini terserah kepada Allah.yang sedar dan khusyuk itu mudah mudaham di terima Allah,mana yang lalai itu moga Allah ampunkan dosanya,namun tiada pahala nilai sembahyan itu.ertinya sembahyangnya tiada membari kesan apa2.Allah belum lagi cinta orang ini.
sambunganya......esok la.....:-)
Friday, January 2, 2009
UKHUWATUL KALAM......
SAHABAT SEJATI !!!!!
berpesan al qomah kepada puteranya,Wahai puteraku,sekiranya kamu merasa perlu untuk bersahabat dengan sesorang maka hendaklah kamu memilih teman-teman yang memiliki sifat berikut:
1. jika kamu ditimpa bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringgankan kesusahanmu itu.
2.jika kamu memintah sesuatu bantuan atau pertolongan dari temanmu itu maka akan segara mengusahakannya.
3.jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantu dengan memberikan pandanganya.
4.jika bercakap-cakap dengan temanmu maka ia akan membenarkan kata-katamu.
5. jika temanmu melihat sesuatu yang tidak baik dari perkataan atau perbuatanmu maka ia akan menutupinya.
6.jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu maka ia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7.jika kamu menghulukan sesuatu kebaikan kepada temanmu maka ia menerimanya dengan baik malah membalasnya kembali.
8.jika temanmu memdapat sesuatu kebaikan atau kebajikan darimu maka ia akan mengingati dan menhargainya malah akan menyebut selalu.
9.jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk memintah sesuatu darinya maka ia akan bertanyakan kesusahanmu itu.
10.jika kamu berselisih faham dengan temanmu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu.
INDAHNYA UKHUWAH.......
apa itu ukhwah?
apabila perkataan ukhwah disebut,pasti muncul difikiran kita mengenai hubungan antara manusia.dalam Al-Quran Allah S.W.T. berfiman:
"sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara.kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu yang berselisih dan bertawakalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat"(49:10)
sebagai contoh,kita dapat melihat bagaimana indahnya ukhwah para sahabat semasa zaman Rasulullah s.a.w .kita dapat melihat bagaiman pengorbanan sayyidina Abu Bakar menahan patukan ular berbisa kerana tidak mahu mengejutkan Rasulullah s.a.w yang sedang tidur di pangkuannya.Rasulullah terjaga kerana terkena airmata kesakitan Abu Bakar.Rasulullah mengeluarkan bisa ular dengan mulut baginda sendiri.
Itulah ikataan ukhwah yang sebenarnya.ikatan yang tidak boleh di beli dengan harta,tetapi ia merupakan roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang yang beriman apabila Dia mengkehendakinya agar mereka dekat dan bersatu..mereka bertemu dan berpisah kerana Allah semata-mata......

