Followers

Akuarium Qu

Saturday, October 25, 2008

Uda dan Dara, lelaki dan perempuan dan Syurga Allah

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Ukhuwahfillah... Salam perjuangan dan Selamat membaca

Saya bukanlah insan yang layak untuk beri peringatan tapi atas dasar tanggungjawab perlu rasanya untuk saya berkongsi dengan sidang pembaca sekalian bahawa cerita Uda dan Dara sebagai pengajaran kepada anak muda masa kini. Mesti dah ramai yang tahu cerita di sebaliknya. Itu tidak mustahil kerana kita sendiri mengalaminya. Sebenarnya cerita Uda dan Dara adalah kisah percintaan dua anak remaja yang belum pasti sama ada akan mengakhiri kisah percintaan mereka dengan perkahwinan.


Terbaca satu artikel yang mengisahkan cerita berkenaan Uda dan Dara. Ia mengisahkan bahawa Udan dan Dara adalah pasangan anak muda yang penuh dengan kisah percintaan alam remaja. Dengan ilmu yang masih cetek terhadap bagaimana hendak mendirikan rumahtangga. Harapan pasangan yang bercinta adalah ingin mengakhirinya dengan perkahwinan.

Sinopsis mengenai cerita Udan dan Dara
Bold

"Lelaki dan Perempuan Murahan" ini adalah salah satu cerita yang berkaitan dengan cerita Uda dan Dara. Kisah Lelaki dan Perempuan murahan. Siapakah mereka ini...? Mereka adalah di antara golongan yang percaya kepada cinta monyet di alam persekolahan. Faham-faham sahajalah kalau cinta monyet macam mana. Pegang sana pegang sini, duduk berdua-duaan, ke hulu ke hilir seperti sepasang belangkas dan bagai dua merpati sejoli selepas berkahwin walhal belum pun mempunyai ikatan tali perkahwinan. Islam tidak menggalakkan ummatnya terjebak dengan gejalah negatif ini. Namun semakin hari semakin menjadi-jadi pula di kalangan mereka. Berjanji hidup semati. Ungkapan yang sering digunakan adalah Oh bulan engkau menjadi saksi cinta kami berdua. Las-las berakhir dengan cerita yang amat menyedihkan. Inilah realiti anak muda sekarang. Cinta yang didasari bukan kerana Allah tidak akan berpanjangan dan hanya akan membawa ke arah kebinasaan.

Sebenarnya...

Kita adalan harapan kepada keluarga untuk menjadi orang yang berguna berbekalan iltizam iaitu membulatkan hati untuk menuntut ilmu agar beroleh kejayaan dunia dan akhirat. Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11 adalah kunci untuk mencapai kejayaan. Baca, hayati dan fahamkan maksud yang tersirat daripadanya. Sedikit daripada saya mengenai surah ini adalah, bagaimana kita menjaga solat iaitu solat berjemaah, mengeluarkan zakat dan menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan dengan manusia. Juga manjadi pendorong untuk menikmati syurga Allah iaitu Syurga Firdausi. Dalam perbincangan dengan sahabat-sahabat semalam manggambarkan keindahan syurga dan kandungan yang terdapat di dalamnya.

Jangan mengimpikan syurga jika kita tidak mencarinya.

Apa kaitan cerita Uda dan Dara, Lelaki dan Perempuan dengan cerita Syurga Allah...? Jauh api dari panggang jika diteliti maksud jalan cerita di atas. Tapi saya ingin mengetengahkan cerita-cerita di atas adalah untuk memberitahu kepada sahabat semua bahawa dalam khutbah terakhir Rasulullah ada memberi peringatan. Peringatan itu berbunyi begini sampaikanlah apa yang aku sampaikan setelah kamu mendengarnya dan orang mendengar peringatan dari Rasullulah tadi dipesan supaya menyampaikannya kepada orang lain dan orang lain yang mendengar tadi perlu menyampaikan pula kepada orang lain.

Salah satu pendekatan yang saya gunakkan untuk menyampaikan risalah Rasulullah adalah melalui penulisan di dalam blog. Jadi kepada sahabat yang berbaca post kali ini tolong sampaikan kepada sesiapa yang berkaitan agar di akhirat nanti Allah tidak akan mempersoalkan apa yang kita lakukan sebagai seorang khalifah Allah di muka bumi. Agar kita terlepas daripada siksaan api neraka jahanam yang mampu membakar kulit-kulit lembut manusia yang tidak akan ada penghujungnya.

Betapa ruginya mereka yang menuntut ilmu tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan. Falsafah orang intelektual menyatakan bahawa semakin menuntut ilmu seseorang itu semakin dia mengenali tahap kebodohannya. Melainkan ia mengaplikasikan setiap ilmu yang dicarinya dan dikongsikan bersama. Dan juga berkongsi ilmu adalah bekalan kepada diri kita apabila menghadapi alam kematian kelak iaitu salah satu bekalan kita yang akan dibawa setelah melepasi sakaratul maut. Dan menjadi lampu kita apabila berada di dalam kubur.

Pengajaran daripadanya menjadi teladan

Wahai sahabat ku sekalian. Terngiang di telinga sejak berada di alam persekolahan di Universiti "Kau belajarlah rajin-rajin supaya dapat bantu keluarga mu dan jangan hampakan harapan mak dan ayah. Jadilah role model yang terbaik kepada masyarakat." Tazkirah ringkas daripada kak naqibah yang menjadi pendorong selama berjauhan daripada keluarga. Sebagai anak muda teringin juga menuju ke arah yang diimpikan oleh mereka tadi. Dalam usaha pembentukan individu muslim dengan tema Islam cara hidup saya dan bercita-cita menjadi insan yang soleh dan solehah. Bersama kita menuju ke arah itu walaupun tidak mampu tapi Allah sentiasa berada di sisi.

Saranan...

Ambil cerita Uda dan Dara sebagai sempadan supaya kita dapat mengurangkan gejala sosial yang semakin berleluasa di kalangan anak muda. Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahat. Ingatlah pesanan ayah dan ibu di rumah, kasihanilah mereka dan jangan hampakan harapan mereka kelak kita yang menikmati erti bahagia dunia dan akhirat. InsyaAllah bersama-saama kita dalam merealisasikan slogan perbaiki diri di samping memperbaiki orang lain. Dan patuh perintah Allah "Amar Maruf Nahi Mungkar" iaitu menyeru ke arah kebaikan mencegak kemungkaran.

Pesanan...
Cerita ini tiada kaitan dengan yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia tapi hanya sebagai perkongsian bersama.

Friday, October 24, 2008

You must be..!!!!

Dengan tutur kata yang sopan, bijak berkomunikasi dan mempunyai pemikiran yang matang, sememangnya menjadi pakej diri kamu disenangi ramai. Kongsi tip agar diri mudah dicintai.

* Positif

Menerusi buku The Secret, terbitan Rhonda Byrne, setiap perkara baik seharusnya bermula dengan sikap positif. Mula berprasangka baik terhadap insan lain sehinggalah membuatkan diri kamu sentiasa berfikiran positif walau apa jua perkara yang dilakukan.

Sikap positif itu akan terpancar umpama daya tarikan magnet, yang akan menarik orang di sekeliling untuk mendekati diri kamu.

* Ceria

Berada berhampiran dengan orang yang memiliki sifat periang sememangnya membuatkan diri kamu lupa sejenak bebanan masalah yang bersarang di kotak fikiran. Kehadiran si penceria senantiasa dinanti-nantikan. Di saat kamu tersenyum, tubuh akan merangsang hormon yang dapat menghilang stres.

Jadi, sentiasalah tersenyum untuk menikmati perasaan ceria.

* Ramah

Saat bertemu dengan insan yang baru dikenali, mereka yang memiliki sikap ramah tidak akan berasa ragu untuk melemparkan senyuman mahupun menyapa.

Sikap ramah biasanya mendatangkan kesan positif kerana ia akan membuatkan orang yang bersemuka dengan kamu berasa dirinya diterima dan dihargai.

Jangan ragu untuk mengawal interaksi dengan orang lain. Mula berlatih berbicara secara langsung menerusi talian telefon dengan orang lain, jika impikan keramahan itu.

* Ringan tangan

Kualiti seorang rakan akan dinilai menerusi bantuan yang dihulurkan. Jangan menunggu permintaan seseorang dalam mengharapkan bantuan.

Jika berada dalam posisi tersebut, kamu tentunya mudah menawarkan bantuan saat mereka memerlukan.

* Rendah hati

Berbeza dengan sikap rendah diri yang merupakan suatu kelemahan, rendah hati mengungkapkan satu kekuatan yang ada pada diri. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja yang bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi, makin menunduk.

* Percaya diri

Orang yang mempercayai diri sendiri kebiasaannya sering merasakan dirinya nyaman dan tidak pernah berasa dirinya terancam dengan situasi atau orang-orang di sekeliling. Itu bermakna, aura tenang akan terpancar dari dalam dirinya sehingga mampu menarik perhatian orang di sekeliling. Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang memiliki sifat serupa dengan yang lain. Jadi, jangan ragu untuk menampilkan keunikan diri kamu itu.

* Pemaaf

Dendam dan iri hati adalah salah satu ciri penyakit hati yang begitu kronik dan sering datang menyerang.

Selain dapat mencemar hubungan, penyakit ini juga akan membuat perasaan kamu menjadi tidak nyaman.

Seseorang yang lapang hati akan sentiasa merasa bahagia. Jangan hanya mengangguk ketika menerima ungkapan maaf dari orang lain. Lebih penting, kamu seharusnya menghapus segala kesalahan tersebut dari benak fikiran dan hati kamu.

* Jujur

Kata orang, harga kejujuran lebih mahal daripada emas. Cuba bayangkan bagaimana sekiranya teman kamu hobinya adalah bohong. Selain akan menimbulkan salah faham, ia juga akan merugikan orang lain. Maknanya, jangan hairan apabila orang jujur dicintai semua orang.

Thursday, October 23, 2008

Pengalaman semasa di kampus

Semakin hari usia semakin bertambah, tidak lama lagi kita bakal menghadapi dunia yang semakin besar dugaan dan cabaran iaitu, meneruskan medan dakwah di luar kampus setelah habis belajar kelak. Rasa tidak cukup ilmu di dadah namun semangat untuk menyambung perjuangan Rasulullah dan para pejuang-pejuang Islam pada masa dahulu, kaki saya masih ingin berada bersama mereka dan merasai keperitan yang pernah mereka lalui. Kerana berada di jalan yang benar penuh liku dan rintangan.

Atas permintaan seorang sahabat dari sandakan, Saya terpanggil untuk berkongsi apa yang ada sepanjang terlibat dengan medan dakwah di kampus kerana itu adalah impiannya. Ketua pimpinan semasa saya menjadi adik dim ada menceritakan pengalamannya semasa melalui proses pendidikan. Banyak peringkat-peringkat pendidikan yang mungkin pernah kita lalui ataupun langsung kita tidak pernah pun merasai peringkat pendidikan seorang pejuang Islam. Dari peringkat pengenalan sehinggalah satu tahap kita menjadi ketua untuk memimpin.

Sepanjang berada di medan dakwah di kampus, saya adalah seorang yang tidak mengenali Allah secara keseluruhannya walaupun Pendidikan Islam diajarkan di sekolah menengah. Saya adalah seorang yang buta huruf (Tidak lancar mengaji-baca merangkak-rangkak), tidak menguasai Fardhu Ain sepenuhnya, pendekkan cerita saya adalah seorang yang beragama Islam hanya sekadar atas nama.

Tapi, Alhamdulillah, selepas melalui pahit getir perjuangan di kampus, banyak ilmu yang bermanfaat untuk diri. Saya yakin bahawa hidayah Allah tidak akan datang seperti batu menghempap bumi. Hidayah Allah hanya akan dinikmati oleh mereka yang tertentu sahaja. Mereka yang bersungguh-sungguh mencarinya sahaja akan memperolehi nikamat Allah yang tidak pernah putus.

Walaupun tidak semua peringkat pendidikan dilalui tetapi pengalaman dan ilmu yang diperolehi serba sedikit menjawab persoalan yang pernah terdetik sebelum mendalami Islam sepenuhnya. Peranan daripada diri sendiri, bantuan daripada sahabat dan faktor persekitaran menjadi pendorong utama mengapa diri ingin mengenali siapa Allah yang sebenarnya. Kerana hanya dengan mengenali Allah kita mampu mengenali sesiapa sahaja ada di sekeliling kita.

Pesanan Rasulullah dalam khutbah terakhirnya, lebih kurang begini, Jagalah hubungan kamu dengan Allah nescaya hubungan dengan manusia akan terjalin. Kerana sesungguhnya manusia itu bersaudara dan menjalinkan hubungan manusia dengan manusia hanya akan terjalin dengan kita menjaga hubungan dengan Allah. Itulah salah satu ilmu yang boleh dikongsikan tapi berada di medan dakwah di kampus. Ada banyak lagi nanti saya ceritakan sebab ada kerja yang perlu diselesaikan lepas ni.

Wassalam.... bersambung

Monday, October 20, 2008

Erti Syukur


SYUKUR bukti kita sentiasa mengingati dan menyayangi Allah pada waktu susah dan senang.

PELBAGAI cara menzahirkan rasa syukur kepada Allah antaranya melafazkan zikir.



SYUKUR merupakan sifat mulia yang dikaitkan dengan amalan hati dan akhlak terpuji yang sepatutnya sentiasa menghiasi kehidupan. Syukur sebagai satu sifat yang dilahirkan daripada respons terhadap nikmat yang dikurniakan Allah. 'Ingatlah kepada ku (Allah) nescaya aku ingat kepada mu. Dan hendaklah kamu bersyukur kepada ku dan janganlah kamu lupakan budi ku'- surah al-Baqarah: 152. Orang yang sentiasa bersyukur adalah orang yang sentiasa menyemai sifat manusiawi dalam erti kata sentiasa bertimbang rasa, tahu menerima kasih sayang Allah.

Syukur terhadap nikmat Allah datang daripada pelbagai bentuk. Syukur terhadap kurniaan Allah atas anugerah kesempurnaan fizikal atau jasmaniah (anggota tubuh badan). Firman Allah: 'Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu mu tanpa mengetahui sesuatu. Kemudian diberikannya kamu pendengaran, penglihatan dan hati semoga kamu bersyukur' - surah al-Nahl: 78.

Syukur juga merangkumi kurniaan terhadap rezeki kurniaan Allah. Firman Allah: 'Dan sebagai bukti untuk mereka ialah bumi yang mati (kering), kami hidupkan dan kami keluarkan dari dalamnya biji-bijian, lalu mereka makan daripadanya.

'Dan kami jadikan daripadanya beberapa kebun dari kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya mata air agar mereka makan dari buah-buahan dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan-tangan mereka. Tidakkah mereka bersyukur'. Tegas Allah lagi dalam surah al-Nahl ayat 18 yang bermaksud: 'Dan kalau mahu menghitung nikmat Allah, nescaya tidaklah kamu menghitung (seluruhnya) dan sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang'.

Rasulullah sentiasa menjadikan amalan bersyukur dalam kehidupan Baginda. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud menjelaskan bahawa 'Adalah Nabi apabila mendapat khabar yang menyenangkan hati, lantas beliau sujud kepada Allah'. Sementara dalam hadis yang lain menyatakan 'Dari Abu Bakrah, bahawa Nabi Muhammad apabila mendapat sesuatu yang menggembirakan atau khabar gembira, segera beliau tunduk bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah'- Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi. Al-Baihaqi meriwayatkan: Rasulullah lakukan sujud syukur bila menerima surat daripada Ali ketika menceritakan tentang ramai penduduk Yaman memeluk agama Islam.

Syukur boleh dicernakan dalam pelbagai bentuk sama ada melalui perbuatan, melalui hati dan melalui lisan. Syukur melalui perbuatan merangkumi membelanjakan harta ke jalan kebajikan seperti sedekah dan amalan jariah. Melalui ilmu yang diperoleh dan disebar serta diajar kepada orang lain.

Melalui kuasa, pangkat dan kedudukan pula dengan memberi khidmat yang terbaik. Syukur melalui hati pula adalah dengan cara mengakui dan menyedari dalam hati apa yang diperoleh daripada anugerah Allah.

Firman Allah: 'Tuhan mu lebih tahu apa yang ada dalam jiwa, jika kamu orang yang baik. Sesungguhnya dia Pengampun bagi orang yang bertaubat' - surah al-Isra'-25. Syukur dalam bentuk lisan adalah melalui ucapan seperti sentiasa melafazkan zikir seperti ucapan seperti Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahuakhbar.

Oleh itu, cernakan selalu budaya syukur dalam kehidupan kita, ingatlah bahawa apa yang kita peroleh hanya sementara dan sebagai ujian untuk melihat sejauh manakah kita dapat menzahirkan rasa ketakwaan yang tinggi terhadap Allah.

(http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Famili&pg=fa_02.htm)

Sunday, October 12, 2008

Amalanku.....?

Jom top Up amalan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Salam Ukhuwah Fillah...

Alhamdulillah syukur rasanya menjadi insan terpilih... Kita masih diberi peluang lagi untuk berada di bumi yang fana ini untuk menyampaikan risalah Rasulullah... Sebagai Khalifah di muka bumi, dalam Al-Quran sendiri memberi tahu bahawa tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia selain tunduk dan patuh kepada perintah Ku, (Surah Ad-Dzariyyat:56).

Penulis ingin kongsi cerita lagi sebenarnya. Tapi kali ni tak dapat idea lagi nak bincang pasal apa. Tup..tup... Tengah duk menghadap laptop... Teringat pula semalam ada berbincang dengan sahabat tentang Ibadah yang kita lakukan sehari-hari. Katanya, "Nak tau tak apa yang kita lakukan sekarang ni adalah satu ibadah..?" Tengah berbincang tentang pelbagai isu menarik yang berlaku di sekeliling.

Masing-masing cuba mentafsir apa yang ingin disampaikan. Seorang memberi pendapat, "Setahu saya kita sedang berbincang untuk berkongsi pendapat mengenai isu di sekeliling.." Seorang pula memberi pandangannya tersendiri, "Bagi saya, kita kena faham konsep ibadah tu macam mana...? Skop ibadat n luas tau" Terangnya lagi. "Ibadah kalau kita niat ikhlas kerana Allah, semua yang kita lakukan adalah ibadah."

"Tidak bagi saya, sebenarnya kita sedang berada dalam satu majlis ilmu yang boleh mengisi jiwa yang sentiasa dahagakan ilmu Allah itu sendiri, di samping koreksi diri dan jom top up amalan"
Seorang lagi sahabat cuba untuk berfikir juga, akhirnya ia menimbulkan isu Jom top Up amalan dan dia berkata seperti tadi. Seorang hanya terkedu mendengar perbincangan hebat antara sahabat-sahabatnya.

"Jom top Up amalan", bagi saya sendiri saya tertarik dengan isu ini, pendapat mengenai ibadah tadi. Dilihat secara kasar, ibadah dan amalan adalah dua konsep yang berbeza tapi ia adalah sama cuma yang membezakan penggunaan kosa kata yang berlainan. Satu ayat islamik manakala satu lagi bahasa melayu yang biasa kita gunakan dalam sehari-harian.

Beberapa persoalan terdetik di hati semasa menulis post kali ini. Pertama, Kenapa saya pilih tajuk ini...?. Kedua, Selesaikah sudah puasa 6 di bulan Syawal pada tahun ini...? Sejauhmana amalan kita diterima olehNya...?

Jawapannya, pertama, tajuk ini berkait rapat dengan apa yang kita hadapi selama hidup di dunia. Kedua, Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan, dan bahangnya masih terasa. Tapi kita digalakkan berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal kerana berpuasa selam 6 hari diibaratkan kita berpuasa selama setahun. Ketiga, juga persoalan yang terakhir sempat difikir, Pada 10 malam terakhir, ramai yang berebut-berebut memohon kepada Allah agar diterima amalan masing-masing. "Taqabbalallah hu minna waminkum" iaitu semoga Allah terima ibadat ku dan ibadah mu." Mesej yang saya dapat daripada sahabat malam raya pertama.

Post "Jom tpu Up amalan" yang kesekian kalinya. Ketuk batang hidung sendiri, mungkin sebelum ini kita impikan syurga Allah tapi pose 6 pun susah. Sama-sama muhasabah diri, koreksi diri, dan perbaiki diri di mana tahap kita sekarang. Menjadi lebih baik dari yang sebelumnya, berdoa kepada Allah mudah-mudahan segala amalan yang kita lakukan diterima olehNya dan tawakal.

Saturday, October 11, 2008

Cerita lanjut mengenai Sya..(sambungan drpd cerita "gila blog da ni...")

Wou..wou..wou... Benarkah penulis masukkan post yang sebelum ini berkenaan dirinya. Dalam diam-diam mencintai seseorang. Inilah hakikat seorang insan yang mempunyai naluri cintakan seseorang dan ia adalah fitrah bagi manusia. Tapi....

Apabila ada penjelasan daripada seorang sahabat baru mereka mengetahui bahawa cerita Sya sebelum ini adalah Luahan hati daripada seorang sahabat yang menyatakan bahawa dirinya pun mengalami apa yang dirasakan oleh sahabat penulis (Sya dalam post blog Luahan hati-Gila blog da ni...). Penulis ingin sampaikan dalam cerita Sya adalah sebagai kisah teladan buat tatapan sahabat pembaca sekalian.

Penulis mendengar ada suara-suara dari belakang menyatakan bahawa mereka mengenali Sya seorang yang jenis berterus terang, suka cakap on the spot, tiada tapis, dan pendek kata mulut laser. Sifat seperti ini adalah lebih baik daripada hipokrit (luar cakap manis dalam hati Tuhan sahaja yang tahu hakikat niatnya). Penulis sendiri bersetuju bahawa bercakap terus terang adalah lebih baik daripada ada suara-suara sumbang dari belakang yang tidak sedap didengar.

First impression juga, Sya adalah seorang yang lebih inginkan dirinya dihargai, disayangi, dan difahami. Namun sebaliknya, apabila sahabat mula mengenalinya sahabat semakin menjauh daripadanya. Hal ini berlaku kerana dia tidak suka orang ambil tahu mengenai dirinya dan lebih suka menyendiri. Semakin menjauhkan diri daripada sahabat yang sama-sama berada dalam saft persatuan di zaman persekolahan sebelum sahabat mengenali diri Sya.

Pembetulan daripada kisah anyam ketupat Sya sebelum ini. Sya juga seorang yang tidak suka kepada perkara-perkara yang boleh menyebabkan masa dia terbuang begitu sahaja tanpa ada pengisian jiwa yang berfaedah. Misalnya, anyam ketupat (mengumpat). Faham-faham sendiri sahaja lah kalau perempuan sudah berkumpul. Tapi perlu diperbetulkan bahawa tidak semua perkara yang dibincangkan dalam perkumpulan tadi mengisahkan seseorang yang boleh dikategorikan mengumpat.

Macam penulis sendiri lebih suka membuat perbincangan dua hala bagi mendapatkan idea yang boleh membuka minda. Kata orang berfikir di luar kotak pemikiran. Think out of box. Boleh generate idea yang lebih baik dan menggunakan ayat-ayat bombastik untuk dimasukkan dalam blog.

Sama dengan part Sya menyertai program-program lagho (melalaikan). Apa kes...!!! Sebenarnya Sya tertarik untuk mengetahui persekitaran bagaimana program-program sedemikian. Tujuannya adalah untuk mendapatkan ilmu bukan untuk menjebakan diri ke lembah kebinasaan. Harap faham dengan apa yang ingin penulis sampaikan. Wallahualam...!!!

Buat pengetahuan semua...

Motif blog Luahan Hati sendiri membantu penulis untuk memperbetulkan penulisannya ke arah yang lebih baik berbanding sebelum ini. Walaupun ramai beranggapan blog ini adalah untuk mendapatkan info atau cerita hangat tapi ia juga sebenarnya adalah untuk membantu penulis dapat merubah diri ke arah yang lebih positif dan berkongsi pengalaman hidup bersama sahabat pembaca sama dengan blog sahabat-sahabat lain.

Kisah teladan adalah baik dalam membentuk sahsiah seseorang. Penulis sediri pernah dinasihatkan oleh kakaknya sendiri bahawa pimpinlah diri supaya kita mampu untuk memimpin orang lain. Menjadi insan yang berjaya dalam hidup perlu ada pengorbanan sebelum orang lain terkorban. Ambillah yang baik jauhkan yang buruk, pepatah melayu pun turut berpesan bahawa buah keruh ambik yang jernih.

Sekian, nantikan kisah teladan yang akan datang, tidak lama lagi bakal mengegarkan blog Luahan Hati.

Wednesday, October 8, 2008

Gila Blog da ni....

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, Allah masih beri kita peluang untuk bertemu di ruangan blog Luahan hati. Di sini luahan hati semakin aktif dengan blog. Maklumlah dah sebati dalam diri walaupun baru menceburkan diri dalam5 bulan yang lalu tapi semakin best pula menulis pandangan dan idea kita sendiri tanpa halangan. Sungguhpun ada yahoo messenger tempat beri komen tapi ia adalah sebagai motivasi kepada diri ini yang ingin menimba ilmu.


Di sini saya ada setu cerita. Entahlah di mana kebenarannya.

Bermula dengan kejutan.....

Astagfirullahalazim....

Biar betul ni, tinggal berapa hari sahaja lagi final exam. Tak prepare apa lagi ni... Sya.. Sya... Tak takut ke tak pandai agih masa dengan assignment banyak, meting sana sini, sembang-sembang dengan kawan lagi, dah tu buat buzy pula dengan blog.

Mana Sya yang dulu ku kenali...? Dia seorang yang rajin buat nota, rajin jumpa lecture, selalu study sama2 kengkawan. Tapi selepas aktif dengan MPP semakin mengada-ngada pula sibukkan diri dengan bercouple. Benarkah cerita ni...?

Dikesempatan yang ada pula, Sya semakin aktif dengan program yang tak habis-habis dengan program yang dicop program lagho (melalaikan). Sebelum ni Sya adalah seorang yang aktif dengan program islamik. Misalnya, joint usrah, solat jemaah di masjid, Qiam tak tinggal, pendek kata semua yang ke arah islamik. Tapi selepas bertemu jejaka pilihan semuanya tinggal. Apa barang...kata orang Tawau.

Bagaimana kita hendak mengatasi masalah yang di hadapai oleh Sya tadi...?

Dilihat kepada permasalahan yang semakin merungsing dirinya, ya la tak lama lagi nak final exam, banyak assignment kena siapkan lagi, da tu meting pun tak putus-putus. Wah semakin aktif pula anyam ketupat, pergi rumah kawan sembang-sembang kosong ja. Semua kerja yang sia-sia belaka. Sebagai seorang yang mempunyai peranan dan tanggungjawab besar terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat sekeliling. Kita perlu bantu sya untuk mengurangkan masalah yang ditanggungnya.



p/s...
Jika anda merasakan anda berada di situasi yang sya hadapi, Apa tindakan anda...?


Kenapa perlu gembira...?

Tuesday, October 7, 2008

Mari hayati keindahan Syawal


Tok... Tok... Tok... Mungkin ada tiga kali pintu bilik diketuk. Dalam keadaan mamai aku melangkah mengagahkan badan untuk menuju ke arah pintu supaya orang sedang mengetuk pintu bilik ku, ku ketahui. Tetiba ketukan itu berhenti seketika. Aku meneruskan juga untuk membuka pintu. Kelihatan sahabat ku yang setia menanti untuk mengejutkan aku daripada tidur untuk solat subuh.

"Sya, jom pegi masjid...!! Lama tak solat subuh di sana. Rindu pula dengan persekitaran masjid yang semakin suram selepas berlalunya Ramadhan". Luahan seorang sahabat ku yang selalu memberi peringatan kepada ku tentang mengingati Allah iaitu Has.

Dalam keadaan longlai tadi, ku cuba untuk membantu diri ku untuk melawah nafsu tidur yang tidak akan ada penghujungnya.
"Terima kasih kerana ingatkan. Kejap ya sya siap dulu." Tanda aku sudah mula sedar sepenuhnya. Sementara menunggu ku bersiap. "Has duduk dulu ya, sya nak bersiap ni. Nanti kita pegi jap lagi."

Inilah ru
tin harian yang ku lalui selepas meninggalkan Ramadhan beberapa hari lalu. Dalam bulan Syawal lain pula cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi. Semasa Bulan Ramadhan hari tu, syaitan dan iblis semua diikait. Kita dapat melakukan ibadat dengan mudah. Tiba ja bulan Syawal, ku mulai risau dengan tahap iman yang sentiasa turun naik. Bila-bila masa sahaja akal ku boleh dikalakan oleh nafsu yang tidak pernah mengaku kalah. Dengan bantuan daripada Syaitan laknatullah yang sentiasa menggunakan peluang untuk memujuk manusia melakukan yang terlarang. Nauzubillah Minzalik.



Sedikit komen daripada cerita di atas...

Ini adalah luahan seorang sahabat seperjuangan di kampus yang kini berada di tahun 3. Sama dengan keadaan kami yang telah menuntut di universiti selama 3 tahun. Simple tapi banyak pengajaran.

Pertama, Bangun dari t
idur. Solat di awal waktu adalah digalakkan kerana ia mengambarkan perjalanan hidup kita pada hari esok. Jadikan solat di awal waktu menjad habit kita dalam mengurus masa yang sentiasa sibuk.

Kedua, Sambut tetamu dengan sopan. Memuliakan tamu adalah amalan Rasulullah sepanjang hayatnya. Apabila tamu bertandang ke rumah, layanlah seperti Raja kerana mereka diibaratkan tetamu yang dihantar oleh Allah untuk melawat dan bertanya khabar. Lagipun, kehadiran tamu ke rumah dapat meggambarkan hubungan kita dengan tuan rumah. Apabila kita jarang bertandang ke rumahnya bermakna kita ada masalah dari segi ukhuwah itu sendiri. Pendapat seorang sahabat menyatakan bahawa sahabat yang bertandang ke rumah akan membawa dosa-dosa kita setelah ia keluar dari pintu rumah kita.

Ketiga, Mengimarahkan masjid. Bukanlah menjadi kewajipan untuk kita solat berjemaah bagi perempuan pada
setiap waktu solat di masjid. Tapi masjid adalah rumah Allah, takkan kita hendak sia-siakan ia kosong. Tidak salah kita yang menjadi salah seorang daripada tetamu ALlah yang sentiasa dinantikan kedatangannya.

Keempat, Bagi tazkirah. Beberapa minggu yang lalu, saya ada bertanya satu soalan dengan seorang ukhti. Soalannya begini, "Ukhti, apa yang dimaksudkan dengan tazkirah..?". Ukhti itu menjawab. "Tazkirah, mengikut kefahaman dan ilmu yang ada, tazkirah bermaksud peringatan". Syukran ukhti, sekurang-kurangnya, pertanyaan tadi memberi kefahaman kepada saya. Betullah kata-kata Ukhti tadi bahawa tazkirah itu beri peringatan. "Dan berilah peringatan, Sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi golongan yang beriman"(Surah Az-Dzariyyat:55)

Kelima, Jihad. Dalam sebuah hadis saya ada terbaca bahawa Jihad paling besar adalah melawan hawa nafsu selain berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.
Jihad melawan nafsu juga adalah satu inisiatif untuk memudahkan kita terus patuh dalam melaksanakan ibadah kepada Allah. Mudah-mudahan kita ditempatan dalam golongan orang-orang yang cekal. Doa untuk teguhkan hati. Tambahan lagi, jangan biarkan nafsu mengatasi akal. Bertindak mengikut pemikiran yang rasional adalah lebih baik daripada bertindak mengikut emosi.

Kongsi pengalaman raya 2008

Inna Lillah...

Atok.....

Sayu rasa hati, kini sudah Raya ke 7. Kehambaran maci terasa apabila Raya pertama kami hanya menyambut hari raya dalam keadaan sederhana. Ramai keluarga yang tidak balik kerana masing-masing sudah berumahtangga dan ikut keluarga sendiri. Sepanjang hidup dan meraihkan hari raya, raya kali ini adalah hari raya yang paling tidak meriah. Empat hari sebelum raya, kami sekeluarga dikejutkan dengan berita pemergian ATuk saudara sebelah bapa. Kenduri arwah diadakan pada raya pertama. Inilah juga salah satu punca kenapa raya kali ini disambut dengan tidak meriah sekali. Sedihnya hidup... Tapi itulah realiti kehidupan.


Siapalah aku ini...?

Itulah persoalan yang terdetik dalam hati setiap masa dan setiap saat. Aku mendapat berita bahawa seorang mujahidah merupakan sahabat seperjuangan di kampus telah kembali ke pangkuan ilahi. Walaupun tidak mengenali dirinya dengan rapat tapi darah saudara seIslam membuktikan semua makhluk di dunia adalah adik-beradik. Aku ada terbaca dalam satu info menyatakan bahawa kita adalah bersaudara kerana darah keturunan kita adalah daripada Adam dan Hawa.


Kemana hilangnya...

Alunan lagu Siti Nordiana "Ke mana hilngnya" menyebabkan otak ku berfikir tentang sahabat tadi. Pergimu tidak akan kembali, sehari suntuk ku memikirkan tentang sahabat yang baru kembali ke Rahmatullah dua hari lepas. Kehilangannya dirasai walaupun tidak pernah bersua muka tapi kebetulah pukul 6.45 pagi tadi ku sempat melihat wajahnya yang cute, putih dan disinari cahaya. Oh dia rupanya...! Kesian tak sempat nak balas jasa ibu bapa sudah pergi meninggalkan kita dalam usia yang tidak dijangka masih mampu untuk terus beribadat kepada Allah.

Terjaga dari tidur, ku bermimpi tentang Aisyah.


Kesedihan bukan satu kesuraman hidup...


Setiap yang bernyawa di dunia ini pastinya akan mati. Begitu juga dengan manusia. Firman Allah: setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Surah Ali Imran: 185). Inilah juga hakikat bahawa sesiapa yang hidup pasti akan menemui kematian. Kami pasrah dengan pemergian dua orang tersayang dalam masa terdekat. Sedikit sebanyak kisah di atas memberi tahu kepada kita bahawa hidup di dunia hanya sementara. Ingatlah bahawa kesedihan bukan satu kesuraman hidup tetapi ia sebagai penambah semangat untuk kita meningkatkan lagi ibadah kita kepada Allah. Mengerjakan amal kebaikan di dunia sebelum bertemu ajal yang pasti tetapi tidak diketahui masanya. Tujuannya adalah sebagai bekalan kita di akhirat kelak.


Gambar raya semasa tahun satu di rumah kawan. Maf la terpaksa guna gambar lain. Gambar makan-makan di rumah kawan tak sempat nak snep... Raya akan datang kot...!!!

Makan-makan di rumah sahabat...

Di tengah-tengah kesedihan ada juga kegembiraan.

Semalam setibanya di kampus tempat ku menuntut, seorang sahabat pelawa datang ke rumah untuk makan-makan sebab ada rumah terbuka. Banyak lauk dan juadah yang dihidangkan. Antaranya, lemang, serunding, ikan masin, Ikan masak gulai, kuih muih raya yang dibawa daripada kampung. Dan tidak lupa juga makanan ringan seperti dodol, buah salak, keropok dan biskut.

Bersih satu pinggan di makan, sampai ada seorang sahabat mempelawa. "Nak tambah nasi lagi..? Tambahlah jangan segan-segan" Walaupun kehadiran tidak seperti yang dijangkakan tapi kehadiran 11 orang sahabat menjadi penyeri dan pengukuh ukhuwah antara kami. Mereka lah penawar di kala duka. Sayang semua sahabat ku. Terima kasih kerana membimbing ku menjadi orang yang berguna.



Monday, October 6, 2008

6 perkara Allah sembunyikan


Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?”Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.. “tidak

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.

“Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku.”

Kemudian Jibrail a.s. berkata:

“Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?”

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

“Ya Jibrail, akan aku berikan syurga ma’waa sebagai tempat tinggal…”

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.

Kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud :

“Ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?”

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

“Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan….”

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah s.w.t telah menyembunyikan redha-nya dalam taat.

* Allah s.w.t telah menyembunyikan murka-nya di dalam maksiat

* Allah s.w.t telah menyembunyikan nama-nya yang maha agung di dalam al-quran

* Allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan

* Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Sumber Telaga Biru ( Kampus Negara) – Petikan daripada Laman M@rhaen