Tinggal beberapa paper lagi nk dihabiskan ni. Pening juga..!! Tapi sem ni betul-betul mencabar. Sabar, itulah halangan semasa menuntut ilmu. Jika inginkan kejayaan kena ada usaha.
Thursday, April 30, 2009
Dikesempatan yang ada
Tinggal beberapa paper lagi nk dihabiskan ni. Pening juga..!! Tapi sem ni betul-betul mencabar. Sabar, itulah halangan semasa menuntut ilmu. Jika inginkan kejayaan kena ada usaha.
Saturday, April 25, 2009
SIPADAN pulau Syurga

DENGAN kedudukannya setakat ini pada ranking ke 14, Pulau Sipadan, syurga bagi penyelam di pantai timur Sabah dijangka tindak enghadapi masalah untuk memperbaiki kedudukannya di Top 11 untuk layak disenaraikan sebagai satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata sehingga Isnin, Sipadan berada pada kedudukan ke-14 dalam kategori projek 7 Keajaiban Dunia yang baru, selepas melonjak daripada tangga ketujuh seminggu sebelum itu.
“Sipadan telah dicalon untuk bersaing dengan 30 pencalonan lain dalam kategori pulau. Kita perlu meningkat tiga lagi anak tangga untuk layak ke pusingan awal seterusnya,” kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.
Masidi menggesa rakyat Sabah agar melayari rakyat Sabah yang mempunyai email mengundi melalui www.new7wonders.com.
“Dengan menjadi satu daripada tujuh keajaiban alam semula jadi dunia yang baru, ia akan meningkatkan industri pelancongan negara, terutama Sabah,” katanya sambil memberitahu tarikh akhir mengundi ialah 7 Julai ini.
Sabahkini.net adalah laman web pertama yang berkempen mempopularkan pengundian untuk Sipadan 7 Wonders.
Hati ku tersentuh

Lihatlah peperangan di Palastain tidak pernah selesai. Bayangkan kita yang berada di tempat mereka, mampukah kita menghadapi kehidupan tersebut. Kita lihat tahap iman kita di mana...?
Teringat pula lagu raihan,
"Iman adalah mutiara di dalam hati manusia yang menyakini Allah, Maha esa Maha kuasa."
Betapa Allah berkuasa atas segalanya. Hatiku apabila hari ini gejala sosial di kalangan remaja semakin merungsingkan. Apa tindakan kita sebagai orang yang bertanggungjawab. Kita bukan ibubapa kepada mereka, tapi bagaimana kita hendak membantu mereka adalah atas usaha kita sendiri. Allah tidak akan megubah nasib seorang kaum melainkan mereka mengubah nasip mereka sendiri.
p/s Penulisan ini bukan untuk meraih simpati daripada sesiapa. cuma mohon pandangan dari pembaca blog yang dihormati agar berkongsi idea untuk menggerakkan Persatuan Alumni Badar.
Friday, April 24, 2009
Kita perlu menangis untuk mencuci mata
Menurut teori sejarahnya, sinaran UV adalah sinaran yang diperkenalkan sejak zaman ibnu-ibnu dan dikaji semula oleh pakar sains juga merupakan pakar dalam bidang sejarah.
Manakala mengikut teori agamanya, sinaran UV adalah sinaran yang membantu untuk memberi tenaga untuk mengerjakan ibadah kepada Allah
Teori-teori yang dinyatakan di atas adalah teori yang dirumuskan daripada pembacaan dan pembelajaran semasa di tingkatan lima.
Begitu juga dengan mata. Mata adalah anggota badan yang perlu dijaga dengan baik kerana ia boleh menjejaskan pergerakan manusia. Menurut teori sains, mata terletak di bahagian kepala. Menurut teori sejarah, manusia memang mempunyai mata sejak azali lagi, iaitu sebelum lahir ke dunia. Manakala menurut teori agama, biarlah kita menangis kerana Allah, tidak perlu bazirkan air mata untuk menangis kerana manusia. Kita perlu untuk mencuci mata, kerana habuk-habuk yang berkeliaran di sekeliling menyebabkan mata merasa pedih apabila ditip angin. Tapi biarlah kita menangis kerana Allah jika kita kehilangan akan cintaNya. Tidak perlu menangis kerana putus cinta dengan manusia.
P/s, pelbagai teori yang digariskan hari ini, kata orang teori tidak akan sama dengan praktikal. Seperti juga pengurusan masa. Kita berapi-api mengingatkan mengenai masa, (Surah Al-Ars:1-3) tapi jadi masalah jika tidak aplikasikan dalam kehidupan. Kita belajar teori untuk diaplikasikan dalam kehidupan. Selamat maju jaya...!!!
Tuesday, April 21, 2009
How to be a good girl
"How going to be a good girl".
Today, I want to share with you about how going to be a good girl.
First, you must have a positive thinking.
Second, you must have a extra knowledge.
Third, you must expert in any field like cook, sew, tidy and others job.
You also must have a good attitude in you daily life.
Because without that you will fall to planning.
However it is quite difficult but might be easy if you have a good minor.
The good girl also must have an friendly.
If you hold that as you cater and put in you mind.
Everything will be happy.
Don't forget about you God.
Good bless you,
Pray just for Allah
This post just want to share about the girl. You can take any good idea.
!!!!.....SMILE ALWAYS.....!!!!
....:)....
Sunday, April 19, 2009
JIHAD AKADEMIK
KEPADA SAHABAT-SAHABIYAH, TEMAN-TEMAN,
SEMOGA BERTEMU KEJAYAAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
.....................AMIN......................
Wednesday, April 15, 2009
Kuasa Solat Istikharah
Cam mn nk pilih ya,..? InsyaAllah Allah akan bantu kita kalau kita bantu Dia. Ingatlah pesan ustazah bahawa jika kamu ingat Allah, nescaya Allah akan ingat kamu.(Surah Al-Baqarah:125). Mak pun selalu pesan, kalau kita mau senang dunia dan akhirat perlu diiringi dengan Allah, ke mana sahaja berada, apa sahaja yang kita alami, walau apa jua keadaan sekalipun. Letakkan Allah paling utama dari yang lainnya.
Pening juga mau fikir nak praktikal kat mana. Itulah perasaan yang penulis alami sepanjang April ni. Kena lagi tak lama exam. Sekarang da berada di tahun akhir, InsyaALLAH. 3 Tahun pengajian macam sekejap sahaja berada di alam persekolahan. Pejam celik pejam celik, tup. Habis sudah. Wahai sahabat-sahabat, ku memerlukan sokongan semua untuk menghabiskan saat-saat terakhir bersama. Walaupun sebelum ini ada sejarah hidup, pengalaman manis yang amat menyedihkan tapi biarlah ia menjadi kenangan dalam kamus hidup ini.
Risau juga rumah tak dapat lagi, fikir pasal duit belanja sepanjang praktikal nanti. Tapi saya yakin rezeki Allah ada di mana-mana yang penting kita kena tahu itu adalah qada dan qadar Allah pada hambanya. Namun kena diiringi dengan usaha. Ingat lagi dalam Jejak Siswa Intelek, Program Nadwah Kepimpinan Program Adik Angkat PMR & SPM dan Program Persatuan Siswazah, sering saya ingatkan kepada adik-adik bahawa lekat kat dinding "DUIT" iaitu D=Doa, U=Usaha, I=Istiqamah, dan T=Tawakal.
Takawal atau konsep kebergantungan dengan Allah, sejauh mana kita meletakkan Illah sebagai yang utama. Allah tempat perlindungan dan tempat meminta segala-galanya. Namun berapa ramai umat Islam hari ini menjadikan Allah sebagai tempat mengadu...? Simpan jawapan bagi soalan ini. Itulah kita digalakkan menunaikan solat Istikharah sebelum membuat sesuatu keputusan. Tidak semestinya solat Istikharah ini untuk meminta petunjuk ditemukan jodoh. Tapi ia memudahkan untuk kita dalam membuat keputusan.
“Selepas melakukan solat istikharah, gerak hati saya terarah untuk menerima tawaran biasiswa Bank Negara Malaysia dan saya yakin ia adalah keputusan tepat,” kata pelajar cemerlang yang memperoleh 20A termasuk satu A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal." (Berita Harian)
Ini adalah kuasa solat Istikharah. Minta petunjuk dari Allah. Alhamdulillah nasihat daripada teman-teman, sahabat-sahabiyah, akhirnya saya buat keputusan yang muktamad bahawa saya akan praktikal di....................(Biarlah rahsia).
Sedikit perkongsian yang simple tapi boleh memberi impak yang besar kepada mereka yang ingin berjaya. Terima kasih Allah, syukur keatas segala nikmat yang Engkau berikan. Bimbinglah hati ini, untuk menjadi yang lebih baik dari yang semalam.
Sebelum mengakhiri post kali ini, saya menyusun 10 jari, mohon maaf dari hujung kaki hingga ke hujung rambut kepada semua. Halalkan makan dan minum, maaf andai ada terkasar dan tersilap bahasa. Minta Ampun juga kepada Allah yang mengatur kehidupan kita sehari-harian.
Monday, April 13, 2009
...Jangan Perasan....
Rupa-rupanya perempuan tersebut terasa dirinya diperhatikan walhal tiada perasaan pun lelaki tu nak tertarik pada cewek tersebut. Perasan habis dia... Huhuhu. Tu la konsep "Jangan perasan" yang penulis bawakan pagi-pagi ni.
Wahai teman-teman ku sekalian, Jangan cepat perasan kalau ada lelaki yang memerhatikan pergerakan kita sebenarnya tiada pun. Cuma hendak melihat keindahan ciptaan Allah. Malah ada lelaki yang mengutuk, kena lagi perempuan yang bertitle "wanita". Perempuan yang biasa.
"Jangan cepat perasan"
Thursday, April 9, 2009
Minda Pembaharuan vs Pembaharuan Minda
Pemimpin Indonesia mengatakan bahawa pemimpin tidak lahir jika hanya dalam bilik-bilik kuliah, kerana keadan sekeliling seperti tekanan menyebabkan banyak pemimpin yang berpikiran minda kelas pertama dapat dikenalpasti.
Bagaimana kita melahirkan pemikiran minda kelas pertama...? Adakah cukup dengan hanya tertumpu kepada akademik..? Semestinya tidak.
"Minda pembaharuan vs Pembaharuan Minda." Kedua-dua konsep ini adalah berbeza dari sudut makna dan pendefinisiannya. Menurut pendapat peribadi "Minda Pembaharuan" adalah merujuk kepada sebuah pemikiran yang fokus kepada evolusi atau pembaharuan secara perlahan-lahan. Manakala "Pembaharuan Minda" merujuk kepada perubahan mentaliti daripada pemikiran yang lama kepada pemikiran yang lebih maju.
Konsep yang mana satu mempunyai perkaitan Minda Pembaharuan vs Pembaharuan Minda dengan Minda Tajdid. Setujuhkah anda kiranya Kedua-dua konsep tersebut adalah sama..? Pemikiran yang menjurus kepada pembaharuan lebih cenderung kepada perubahan berbanding perubahan pemikiran yang sukar untuk dinilai. Namun kita memerlukan mahasiswa yang berfikiran lebih global atau dalam akronimnya GLOKAL atau berfikiran secara global.
Mahasiswa seharusnya bijak dalam membaca keadaan semasa. Keadaan politik masa kini menyebabkan kepada perubahan pemikiran. Mahasiswa semakin bijak dalam mentafsir dan membaca keadaan tersebut. Namun tidak semua yang menguasai tahap pemikiran pemimpin seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Najib dan Tuan guru Nik Aziz sendiri selaku barisan pimpinan yang disegani di Malaysia.
Penulis bukanlah seorang yang mempunyai tahap pemikiran seperti mereka. Namun ingin mencanag minda agar lebih berfikiran terbuka, realistik, dan bukan emaginasi semata-mata.
Monday, April 6, 2009
I Love Islam - United to stay
Friday, April 3, 2009
April Fool: Menghina Islam dan Martabat Insan
Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam.
Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.
Sejarah
Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.
Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.
Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April). Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.
Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.
Masyarakat Kini
Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol.
Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan perasaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.
Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.
Thursday, April 2, 2009
...Demi mu...
Beringat sebelum kena, jangan dah terantuk terngada baru sedar. Dan berilah peringatan, sungguh peringatan itu baik bagi mereka yang beriman, (Surah Ad-Dzariyyat:55). Manusia mudah lupa, itu yang perlu untuk diingatkan selalu.
Gerak kerja, akademik, kerjaya menjadi persoalan utama dalam kehidupan seorang yang mencintai agamanya. Iaitu agama Islam. Siapa yang sanggup mengorbankan masa demi melakukan perkara-perkara di atas. Namun ingatlah kalam Allah dalam AL-Quran bahawa, Jika kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukan kamu, (Surah Muhammad:7)
Sungguh tiada perancangan yang lebih teliti melainkan perancangan Allah. Setiap apa yang dirancang dalam kehidupan ini biarlah selari dengan perancangan Allah.
Sesuatu kebaikan tidak akan dapat dinilai dengan perkara yang dilihat dengan mata kasar. namun kebaikan yang hakiki hanya ada di sisi Rabbul Izzati... Lakukan seberapa banyak perkara yang berunsur kebaikan, insyaAllah Allah akan mengurniakan kebaikan kepada diri mu..
Oleh itu, peringatan untuk diri sendiri, jadilah hari ini lebih baik dari semalam.

