Followers

Akuarium Qu

Wednesday, July 30, 2008

Seanggun Ainul Mardiyah

Wanita dengan kecantinannya, perempuan dengan baik keperibadiannya manakala muslimah dengan kecantikan akhlaknya mulia. Adakah tiga perkataan yang saya paparkan tadi berbeza...? Memang sangat berbeza namun tetap sama. Related dengan konsep wanita, perempuan dan muslimah. Dengan kata lain;

"KECANTIKAN UNTUK SEMUA"

Inilah tema untuk Seanggun Ainul Mardiyah yang dianjurkan oleh Badan Dakwah Dan Kerohaniaan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan dalam program Karnival Kesenian dan Kebudayaan Islam 2008.

Mari mengimarahkan lagi program ini;

Pertandingan Seanggun Ainul Mardiyah
Dewan Theatrette, UMSKAL
8.30p.m.-11-00p.m

Perkongsian ilmu, petuah untuk mengilangkan jerawat di muka.

Letakkan serbuk kayu manis pada muka.




Wednesday, July 23, 2008

"Ulat Buku" vs "Ulat Internet"

Khas buat mereka yang digelar "ulat internet".

Ulat adalah sejeni binatang. Internet... Definisi tepat bagi internet adalah menurut buku Multimedia: Making it work, sixth edition, mendefinisikan internet sebagai Worldwide network of linked computers (www). Manakala Ulat Internet merupakan peribahasa yang ditujukan khas buat mereka yang menggunakan internet sebagai bahan bacaan utama. Di sini, internet adalah topik perbincangan utama dan kita mengetahui bahawa ia boleh mendatangkan kebaikan juga keburukan.

Dalam wikipedia mendefinisikan, The Internet is a worldwide, publicly accessible series of interconnected computer networks that transmit data by packet switching using the standard Internet Protocol (IP). It is a "network of networks" that consists of millions of smaller domestic, academic, business, and government networks, which together carry various information and services, such as electronic mail, online chat, file transfer, and the interlinked web pages and other resources of the World Wide Web (WWW).

Manakala, menurut pendefinisan saya, internet adalah satu medium atau satu rangkaian yang digunakan untuk menghubungkan kita dengan sesiapa sahaja di dunia. Meliputi rangkaian yang luas sehingga mencecah arena global. Biarlah kita mengetahui isu daripelbagai sudut. Walaupun kita digelar budak masjid tapi biarlah kita tidak buta info.


Saya menggambarkan bahawa setiap orang mempunyai definisi yang berbeza mengenai internet. Kecanggihan teknologi dewasa ini menggambarkan negara kita tidaklah ketinggalan zaman. Kerana Internet juga boleh terdapat di mana-mana sahaja. Saya suka menggunakan internet kerana ia mempunyai kelebihan tersendiri.


Internet mempunyai kelebihannya tersendiri, seperti yang sedia maklum banyak bahan-bahan yang menarik boleh kita perolehi dengan hanya menaip tajuk di bahagian searching. Tunggu dalam masa 5 minit, automatik keluar maklumat yang ingin dicari. Menarik, pantas dan mudah. Comtohnya nak cari bahan untuk assignment, GlobalFinance, kita carilah dalam google. Kita boleh select mana-mana tajuk yang berkaitan dengan global finance. Melalui itu juga kita boleh peroleh maklumat tambahan berkenaan tajuk yang kita cari.

Bukan itu sahaja, banyak juga informasi yang berbentuk ilmiyah boleh diperolehi. Misalnya, internet juga menyediakan info-info yang berbentuk pembacaan seperti wikipedia. Melalui wikipedia kita akan mengetahui cerita khusus berkenaan sesuatu perkataan. Pagi yang segar ini, kebetulan edit blog "Luahan hati" terbuka pula hati untuk berkongsi berkenaan internet. Ana mencari maklumat daripada wikipedia je. Senang tak.., niat tu bukanlah untuk copy and paest sahaja, tapi untuk mendapatkan fakta yang tepat. Tidaklah orang kritik sebab guna fakta ikut suka hati. Sekurang-kurangnya kita juga boleh save masa.

Selain itu, internet juga menyediakan info tentang berita isu semasa, isu dalam negeri dan iu dunia. Apabila difikir logik kita tidak akan dapat mengetahui info tentang keruntuhan bangunan PWTC yang menjadi kebanggaan Amerika Syarikat suatu masa dahulu, malangnya tarikh 11 September 2001, menjadi titik sejarah hitam bagi mereka. Letupan bangunan tersebut sepertinya telah dirancang awal. Tapi, kita tidak berada di tempat kejadian dan kebanyakan kita tidak mengetahui kejadian sebenar. Mujur internet menjadi infomer bagi kita di seluruh dunia.

Di sebalik kebaikan yang kita perolehi daripadanya, internet juga merupakan medan yang boleh menyebabkan kita mengalami jangkitan ketagih internet kerana kesan daripada "serangan pemikiran". Serangan pemikiran adalah pengaruh daripada pihak yang mempunyai kepentingan tersendiri. Memandangkan kepelbagaian bahan dalam internet boleh menyebabkan kita terlalai melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Berbanding kita menyiapkan kerja-kerja yang lebih penting seperti cari bahan global finance tadi. Antara bahagian info yang menyebabkan kita mudah terleka ialah Yahoo Messenger (YM), Blog, Frienster, Youtube. Jika diaplikasikan dengan baik maka maka hasil yang kita peroleh juga menjadi baik. Malangnya, ramai remaja yang menyalahgunakan internet dewasa ini.

Kesedaran dalam diri mendorong saya untuk menggunakan pendekatan pencarian maklumat melalui blog. Kerana blog adalah satu pendekatan yang baik untuk menyedarkan remaja yang semakin bergiat aktif dalam dunia internet. Bukan itu sahaja, email juga adalah alternatif terbaik untuk mengelak daripada gejala tidak sihat internet. Tahukah anda bahawa statistik yang paling tinggi menggunakan internet adalah di kalangan pelajar IPTA atau IPTS. Walaupun tujuan utama adalah untuk mencari maklumat namun nafsu mengatasi kehendak sehinggakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilihat boleh diperolehi. Tapi diharapkan kita tidaklah tergolong di kalangan mereka yang menyalahgunakan internet.

Itulah hakikat ebagai seorang "ulat internet" kalau sebelum ini remaja boleh digelar sebagai "ulat buku". Tapi kini telah berubah konsep kerana mereka lebih suka membaca bahan dalam internet berbanding membaca bahan daripada buku sebagai bahan rujukan utama. Begitu kuat pengaruh internet ke atas remaja.

Berfikiran secara kreatif dan banyak info dalam penulisan adalah faktor utama kita menulis cerita tentang internet. Bukan itu sahaja, kita lihat di dada-dada akhbar juga mendedahkan kegiatan mahasiswa kini. Di sarankan kepada remaja-remaja yang menjadi "ulat internet" untuk menggunakan internet sebagai medan untuk mencari bahan dan mebaca info kerana melalui pembacaan kita boleh generate sesuatu yang berfaedah.
(Sumber: suarakal.blogspot.com)

P/s
Sebagai mahasiswa kita perlu untuk mengetahui bahawa Internet banyak kegunaan, tapi banyak juga keburukannya. Dalam dunia semuanya seimbang.





Saturday, July 19, 2008

Bersatu

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran…

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjuanglah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan…

Berjuanglah wahai Ansarullah
Dengan satu matlamat kerana Allah
Berjuanglah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan…

Bergeraklah ke gerbang jasa
Susah senang bukan alasannya
Satukanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi…

Selamatlah badan dakwah melangkah
Memimpin ummah berlandas tarbiah
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah…


P/s Bilakah lagi kita semua satu hati... Bilakah lagi Keamanan kan dikecapi...Bilakah lagi islam kan dijulang tinggi...Bangunlah wahai ummat kita satu hati. Kefahaman perlu dalam semua perkara, kerana dalam melakukan sesuatu kita perlu faham apa matlamat dan halatuju. Oleh yang demikian, Bersatu menegakkan Islam di bumi yang penuh dengan mehna dan tribulasi. Pemimpin yang berjaya mendidik anak buahnya hanya akan boleh dijadikan sebagai role model apabila sempurna dari pelbagai sudut. Tapi tidak bermakna yang sempurna itu hanya memenuhi kehendak semasa kecuali....!!! Cuba cari jawapannya.... sama-sama kita meneroka dan cuba berfikir secara kreatif dan kritis.

Ambil yang baik, buruk jadikan sempadan, buang yang keruh ambil yang jernih.

Thursday, July 17, 2008

Sedihnya

Assalamualaikum.w.b.t

Selamat dunia akhirat, dapat juga menghirup udara pagi ni. Pening juga, mana taknya, banyak keja yang tidak settle lagi, alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga siapkan.

Malangnya, sahabat kami kat kampus telah kehilangan Ayah tercinta.

Mohon kepada semua sedekahkan Al-fatihah. Mudah-mudahan beliau ditempatkan gol. orang-orang yang beriman.

Amiiiiieeen.


Wednesday, July 16, 2008

PTPTN semakin menjadi-jadi

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) kecewa dengan tindakan pihak PTPTN yang jelas mahu memperbodoh mahasiswa dengan merahsiakan tindakan mereka ‘mencuri’ RM 114 dari duit pinjaman mahasiswa baru pada pembukaan semester baru-baru ini atas alasan kos insurans .

GAMIS juga akan mendedahkan dalam masa terdekat satu kajian yang telah dibuat kepada lebih dari 1200 responden mahasiswa di 5 buah kampus (UIAM, UM, UKM, UPM, UTMKL) bagi membuka mata kerajaan yang nampak tidak mempedulikan kesan melampau kenaikan harga minyak dan bahan makanan kepada golongan mahasiswa.

GAMIS tidak akan teragak-agak untuk menubuhkan sebuah badan bertindak bagi mendesak kerajaan lebih prihatin kepada nasib dan kebajikan mahasiswa.

GAMIS juga mendesak kepada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) yang menggabungkan semua Presiden-presiden MPP-MPP IPTA supaya bertindak secara agresif terhadap kerajaan dalam soal membela nasib mahasiswa yang menghadapi tekanan ekonomi selepas kenaikan harga minyak dan kesan berantai darinya.


Mohd Dzul Khairi Mohd Nor

Presiden,

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia

Karnival Kesenian dan Kebudayaan Islam



KKKI

28 Julai -3 Ogos 2008

UMSKAL

"Mesra Masyarakat Melalui Seni dan Budaya"

AHLAN WA SAH LAN

Monday, July 14, 2008

Wah Datul Fiq

KEHIJAUAN WARNA DAUN TIDAK DINAFIKAN KEINDAHANNYA...

aPABILA BULAN TERANG KITAMULA MEMIKIRKAN TENTANG MASA DEPAN UMAT ISLAM

BELUM TENTU SEMUA ASPEK DIKUASAI TANPA HIJAUNYA DAUN

TAPI KEMBANGNYA BULAN SETIA BEKERJA UNTUK ISLAM

Sunday, July 13, 2008

Pindaan AUKU

Utusan Malaysia,

SEPANG 13 Julai - Pindaan beberapa perkara dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) bakal diputuskan dalam sidang Dewan Rakyat minggu ini, setelah Kabinet bersetuju untuk meminda akta tersebut.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, antara perkara utama yang akan diperbahaskan dalam pembentangan itu ialah mengenai kebebasan pelajar yang sering dipolitikkan oleh beberapa pihak.

Katanya, perbahasan mengenai pindaan AUKU itu akan dibuat pada pembentangan minggu ini jika sempat dan jika tidak, selewat-lewatnya bulan depan.

''Akta ini selalu dipolitikkan oleh pelbagai pihak terutama mengenai kebebasan pelajar. Kita tidak halang jika ia membabitkan kecemerlangan pelajar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kerjaya Bagi Pemimpin Malaysia Akan Datang di sini hari ini.

Khaled bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai pindaan kebebasan pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan politik.

''Saya tidak mahu mengulas lanjut, tunggu apabila saya bentangkan di Parlimen minggu ini dan sesi perbahasan mengenai perkara-perkara yang akan dipinda.

''Tetapi kita harap pelajar dapat fikir mana yang elok untuk mereka jika mereka libatkan diri dalam politik," katanya.

Sementara itu Khaled berkata, penstrukturan semula caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

Khaled berkata, kementerian hanya menunggu keputusan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan serta beberapa pihak lain setelah meneliti semua cadangan dan pandangan mereka.

''Kami hanya menunggu keputusan daripada Majlis Fatwa dan kita harap penghujung Julai ini kita akan ketahui," katanya.

Baru-baru ini, pelbagai pihak termasuk peminjam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PTPTN kerana mengenakan caj tiga peratus daripada jumlah pinjaman yang perlu dibayar semula selepas pelajar menamatkan pengajian.

Berikutan itu, Majlis Fatwa Kebangsaan diminta menyemak caj tiga peratus itu bagi mengelak wujudnya unsur riba seperti didakwa oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Setakat ini, terdapat hampir 1.14 juta peminjam PTPTN dengan nilai pinjaman mencecah RM23 bilion. Sebanyak 49 peratus daripada mereka masih gagal membayar balik pinjaman yang berjumlah hampir RM708 juta.



Komen:

Rupa-rupanya riba 3% dalam pinjaman PTPTN masih membelenggu pelajar IPT, inilah satu masalah yang terpaksa dihadapi oleh pelajar yang menuntut di universiti. Mana tidaknya terpaksa membayar bunga yang tinggi selepas membuat pinjaman. Walhal, bunga tersebut tidak sepatutnya ada. Boleh je pelajar membayar semula pinjaman mereka mengikut pinjaman yang sebenar. Tapi dunia semata-mata, ini hanyalah pendapat individu dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Secara peribadi. Di mana hak mahasiswa yang sepatutnya...? Tunggu keputusan minggu depan bahawa ada ura-ura kadar bunga yang dikenakan akan ditukar kelak.

Rupa-rupanya

Tenaga nuklear penjana elektrik Malaysia masa depan

Buat masa ini, Indonesia telah membuat keputusan dan sedang bercadang membina empat loji janakuasa nuklear dengan keupayaan 1,000MW setiap satu yang dijangka akan mula beroperasi pada tahun 2016.

Vietnam dan Thailand telah membuat keputusan dan bercadang membina loji janakuasa nuklear pertama di negara masing-masing, iaitu dua buah loji yang berkeupayaan 1,000MW untuk mula beroperasi di Vietnam pada tahun 2018 dan dua buah loji berkeupayaan 1,000MW untuk mula beroperasi di Thailand pada tahun 2021.

Sekiranya Malaysia memilih nuklear sebagai tenaga alternatif yang digunakan untuk menjana tenaga elektrik, proses itu perlu dimulakan daripada sekarang kerana proses menyiapkan loji tersebut memakan masa lima hingga 15 tahun.

(sumber Utusan Malaysia: 14 Julai 2008)

Komen:
Kita tetap merungut walaupun kita telah mengetahui kenaikan harga minyak akan memberi impak yang besar terhadap kita terutamanya pelajar. Walhal perkara ini tidak akan wujud sekiranya kita sedar akan hakikat bahawa kita perlu bersiap sedia terhadap apa jua keadaan yang bakal berlaku di Malaysia. Kita mengetahui dunia perniagaan bermain dengan spekulasi iaitu keadaan tidak pasti.

Namun, kita masih ada alternatif lain untuk menggantikan minyak mentah sebagai sumber utama di malaysia. Utusan Malaysia telah membuktikan bahawa banyak negara yang menggunakan tenaga selain minyak misalnya tenaga solar, angin, biomas juga tenaga nukleas di negara-negara yang disebutkan di atas.

Persoalan ana... Adakah negara kita mampu menghadapi spekulasi yang bakal berlaku atau bertindak mendiamkan diri dalam perkara ini. Selama 15 tahun bersama kita manfaatkan sumber tenaga yang boleh digunakan untuk masa hadapan.


Alternatif terbaik untuk pengurusan dana islam

Ini adalah langkah terbaik untuk mengangkat martabat Islam sebenarnya, apabila tiga institusi telah diwujudkan untuk mengurus dana orang Islam dengan lebih efektif. Antara tiga institusi kewangan yang digariskan adalah:

  • Kuwait Finance House (KFH),
  • DBS Asset Management Ltd. (DBS)
  • CIMB-Principal Islamic Asset Management (CIMB-Principal) Sdn. Bhd.

Menurutnya Pengerusi Suruhanjaya security (SC), Datuk Zarinah Anwar, penubuhan tiga syarikat pengurusan dana Islam itu adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa seperti yang diumumkan pada Bejet 2008.

Selaku pelajar yang terlibat secara langsung dengan dunia perniagaan, ana berminat untuk kongsi dengan sahabat bahawa telah wujud satu institusi yang membantu dalam mengurus dana orang-orang yang menekankan Islam sebagai garis panduan dalam berniaga.

Alhamdulillah, ini menunjukkan Islam semakin dititikberatkan dalam segala aspek walhal masih ramai yang tidak mengetahui isu ini. Kita bolehlah berurusan secara langsung dengan mereka apabila hendak menceburi dunia perniagaan dengan lebih luas.

Kita tidak mampu menguasai dunia sekiranya kita tidak peka dengan keadaan semasa. Tapi itu bukan penghalang untuk kita mencapai matlamat utama iaitu memartabatkan agama Islam dalam semua sudut. Kerana Islam itu sejagat, syumul dan sempurna.

Tawa Dalam Tangisan

Assalamualaikum.w.b.t.

Syukur ke hadrat ilahi, kerana diberi peluang lagi untuk menikmati segala kurniaanNya. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi, para sahabat dan keluarga baginda.

Di kesempatan yang ada, ana nak bagi sedikit komen berkenaan Forum Palestin yang baru selesai tadi. Sejarah berulang lagi apabila 'tawa dalam tangisan' menyerupai program yang pernah dianjurkan oleh ahli badar suatu masa dahulu iaitu saudara nashad.

Ana melihat sendiri ada seorang pelajar non muslim telah memberi respon berkenaan isu boikot yang telah diutarakan oleh saudara hasli, salah seorang ahli badar bahawa boikot sebenarnya tidak wujud kerana andai kata kita diberi peluang untuk mengusahakan kedai ayam sendiri, tidaklah kita akan memakan KFC, memang benar.Itulah luahan seorang pelajar yang boleh dikatakan tidak faham apa erti perjuangan.

Bagaimana pula dengan kita, adakah kita mampu untuk berfikir apa yang pelajar non muslim tersebut fikirkan. Tentunya tidak sekirannya kita hanya memikirkan masalah dunia semata-mata tanpa merenung nasib kita di akhirat kelak.

Apa yang ana lihat adik-adik semakin faham erti perjuangan sebenar, malam ini, satu kejutan telah berlaku yang tidak boleh dilupakan sebenarnya. Setelah 60 tahun bumi palestin ditindas tapi apakah sumbangan kita kepada mereka. Adakah cukup dengan kita pergi ke Palestin untuk bersama-sama menentang musuh Islam. Melalui forum ini juga kita sudah dikatakan berjaya untuk mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mereka.

Tambahan pula, dengan berdoa sahaja kita sudah mampu untuk membantu saudara kita yang sering diganggu hidup mereka. Teringat kata-kata Ustazah yang menjadi panel forum pada malam ini. "Doa adalah senjata bagi orang muslim". Walaupun mereka hanya menggunakan batu-batu kecil untuk pergi berperang, tapi anggaplah itu bantuan daripada Allah. Itulah hakihat bahawa 'Jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan membantu dan mengukuhkan kedudukan kamu (surah muhammad:7). Betapa besarnya kuasa Allah.

Tiada gunanya sekirannya kita menjadi seperti buih-buih yang ada di lautan. Berapa banyak bilangan buih yang ada di lautan namun tiba di tepi pantai buih tersebut akan berpecah. Kita juga akan menjadi seperti buih tersebut andai kita tergolongan dalam kelompok yang ramai tetapi kita tidak bertindak sebagai pemikir sahaja. Bukankah berfikir sejenak lebih baik daripada melakukan ibadat bertahun-tahun. Nilai diri, muhasabah setakat mana akidah dan akhlak yang kita miliki. Adakah ia berlandaskan apa yang digariskan oleh Syariat Islam...? Fikirkan

Tidak dinafikan bahawa Islam itu sejahtera. Perlu dihayati masalah-masalah seperti isu palestin kerana mereka adalah sebahagian daripada kita juga selaku orang Islam. Itulah keistimewaan orang-orang Islam, walaupun musuh Islam semakin bertambah namun sehari demi sehari, semakin ramai yang memilih Islam sebagai amalan dan pegangan yang benar. Statistik dunia telah menyatakan peningkatan jumlah saudara baru kini semakin memberangsangkan. Sehingga orang barat sendiri mengakui bahawa agama Islam adalah agama paling mudah untuk dianuti.

Di sini ana nak kongsi lagi satu pandangan, menulis tanpa ilmu hanya memberi fitnah kepada Islam itu sendiri, namun di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Selagi hayat di kandung badan selagi itu terus menuntut ilmu. Aktifkan diri anda untuk mengetahui isu-isu semasa. Banyak cara yang digariskan tadi, contohnya, layari blog, Perdana Menteri sendiri mengakui hakikat ini. Itulah kata Ustaz Bunyamin selepas menjawap persoalan ana, iaitu bagaimana atau apakah alternatif utama untuk mahasiswa kini lebih peka terhadap isu-isu semasa, khususnya isu global seperti Isu Palestin.

Bangkitlah mahasiswa, ayuh sedarkan diri, cari program-program yang lebih bermanfaat untuk dilakukan. Mahasiswa pencetus revolusi.

Nah, selesailah sudah komen ana berkenaan isu palestin, sama-samalah kita menyelami kesengsaraan saudara kita yang ada di sana. Kita di sini bersuka ria, manakala mereka di sana dipenuhi kedukaan. Sedarlah wahai sahabat ku.

wa'lahualam

Friday, July 11, 2008

Kenangan semasa MSM

Tersentak diri apabila sahabat ana mula membenci. "Pelik... Kenapa dia sangat membenci ku.." Apa yang telah ku lakuakan terhadapnya sehingga menyebabkan dia terlalu benci hendak menatap muka ku.

Dipermulaan cerita....
Semasa perkenalan dahulu, ana sangat sayang dengan seorang ukhti yang bernama Suhaini. Dia berasal daripada Tawau, sama seperti ana juga. Sama-sama menjejakkan kaki ke menara gading tetapi mengambil kos yang berbeza. Kami selalu study bersama, pergi kuliah bersama, dan makan pun bersama, boleh dikatakan apa yang kami lakukan mesti bersama-sama.

Pertengahan cerita...

Cerita kemasukan adik-adik baru, semasa kami tahun dua. Kami sekelompok sahabat ada mengisi borang Minggu Suai Mesra (MSM) sebagai Pembimbing Suai Mesra (PMS). Setelah mengikuti interview PSM, kami diterima masuk kerana syarat untuk menjadi PSM, perlu isi borang, melalui interview baru boleh terlibat dengan MSM. Dalam bulan Jun 2007 kami terpaksa balik awal ke Kampus kerana perlu mengikuti Induksi sebagai persediaan untuk menyambut adik-adik baru.

Dipertengahan minggu Induksi, kami telah memboikot satu slot induksi kerana melibatkan maruah seorang wanita. Ia berlaku apabila seorang sahabat ana telah diherdik, dihina dihadapan PSM yang lain. Siapa tidak tekanan dengan keadaan itu. Kami bukanlah golongan terrorist yang suka memboikot. Tetapi mungkin sudah takdir Allah, ana dan beberapa orang sahabat keluar daripada menyertai program induksi. Dan menyebabkan Pihak Atasan semakin benci dengan kami. Walauapapunbegitu itu adalah titik permulaan perjuangan kami.
"Sesungguhnya berani berkata benar dihadapan pemerintah yang zalim adalah juhad yang terbesar selain melawan nafsu, (Riwayat Muslim)"

Selepas daripada peristiwa itu, banyak kenangan pahit manis yang tidak dapat ana kongsikan bersama dengan sahabat yang lain, kerana Allah telah menghantar ana untuk balik ke kampung halaman kerana ingin meringankan bebanan sahabat yang ada. Ramai juga yang tidak berpuas hati dengan tindakan ana, ya la buat kepala sendiri. Tapi sebenarnya tidak. Buat pengetahuan semua sahabat ana adalah manusia seperti lembu dicucuk hidung, tidak akan bergerak sendiri apabila tidak diarahkan melakukan sesuatu. Sekarang ni tidak lagi setelah belajar beberapa perkara daripada sahabat yang mantap dalam perjuangan Islam.

Diri tetap sabar dengan dugaan yang diberikan oleh Allah, diri terus istiqamah dalam perjuaangan Islam walaupun ramai yang tidak berpuas hati juga. Siapa yang keluar daripada perjuangan Islam kerana sahabatnya bermakna dirinya sendiri yang rugi. Terus Istiqamah walaupun diri tak mampu, insyaAllah (Surah Muhammad:7) Wahai orang yang beriman, jika kamu menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolong kamu. Doakan ana semoga istiqamah dalam perjuangan demi menegakkan agama Allah, Agama Islam.

Ana Uhibukifillah, itulah yang selalu ana lafazkan dalam hati setelah bersama-sama dengannya di kampus. Ana .pun tak pasti kalau dia menyedari hakikat ini. Tapi itulah hakikat persaudaraan yang kami jalinkan selam ini.

Kemuncak...

Memang tidak selesa bergerak kerja apabila ada sahabat yang benci dengan kita. Tapi perlu diingat bahawa itu bukan penghalang tetapi sebagai motivasi untuk terus bersemangat dalam melakukan gerak kerja Islam. Imbas kembali kata-kata Ustz Dzul, bahawa perbezaan pendapat adalah persaingan sihat untuk memantapkan lagi organisasi yang ada. Betullah.

Ukhti su yang ana katakan tadi sebenarnya baik hati cuma tak taulah kenapa dia boleh bersikap sedemikian. Tapi kenalah Husnozon (Berprasangka baik).

Penutup....

Sahabat ana pesan lagi, Jangan mengumpat, atau mengata orang dibelakang nanti berdosa. Apa pendapat anda...? Adakah cerita ana dengan kak su tadi di kategorikan sebagai mengumpat...? Atau di katakan hipokrit atau sebaliknya. Kita pun sedia maklum bahawa jangan jadi talam dua muka nanti diri yang merana. Namun ana pasrah dengan ketentuan Allah. Ana yakin suatu hari nanti ukhti itu akan sedar bahawa ana menyayanginya kerana Allah.

p/s. Jadikan kisah ini sebagai teladan, ambil yang baik dan yang tak baik jadikan sempadan. Janganlah jadi sahabat seperti itu, kerana sahabat baik akan sentiasa menyayangi dan memaafkan kesalahan lalu sahabatnya. Andainya sahabat tersebut tidak boleh terima hakikat atau sengaja tidak mahu menerima hakikat bahawa kita telah berubah, abaikan. Pesan Ustz Faisal, kalau kita ada masalah peribadi jangan campurkan dengan Jemaah. Paling tidak pun, kalau ada masalah kita lupakan tetapi jangan kita tinggalkan.

Maafkan ana sekiranya ada sahabat yang terasa dengan kata-kata ana. Tapi itulah realiti hidup seorang perjuang. Moga-moga kita terus Istiqamah dalam perjuanga Islam.

Ameeeeeen




Ahlan Wa Sahlan kepada iman

Assalamualaikum w.b.t.

Apa khabar Iman..?

MESSAGE

Pesanan ini di tujukan khas buat sahabat seperjuangan yang berada di mana jua.
Sebagai memperingati diri sendiri juga,

Tanyalah Iman selalu,
Jaga solat,
mantapkan Ilmu,
Jaga Ukhuwah sesama kita,
Jauhkan sifit-sifat mazmummah dalam diri,
Hiasi diri dengan sifat-sifat mahmuda sifat terpuju yang diredhai Allah.
Jauhkan prasangka... Elakkan sengketa...

"Sesungguhnya syaitan pernah berjanji, dia akan menyesatkan anak Adam selama mana dia hidup di bumi yang penuh onak dan duri sehingga ke alam barzakh. selama itu ia akan menghasut manusia supaya lalai daripada mengerjakan perintah Allah dan Rasul." betapa kejamnya.

Adakah anda tergolong di dalam kalangan mereka yang mudah dihasut syaitan..? Oh tidak..
Sikap egois yang ada dalam diri adalah salah satu bukti bahawa syaitan telah merasuk dalam diri.
Walaupun kita berkata tidak namun itu adalah hakikat.

Bangunlah wahai pejuang Islam dalam mempertahankan Agama Allah yang tercinta. Jangan gentar dengan anasir-anasir yang sentiasa benci kepada kebaikan. kerana matlamat utama kita hanya ada dua, ingat lagi pesan sahabat ana, iaitu SYURGA atau NERAKA.


IPTA terima 70,941 pelajar baru


Bumiputera isi 62.19 peratus tempat sesi akademik 2008/2009 mulai hari ini

KUALA LUMPUR: Sejumlah 70,941 lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan setaraf dengannya, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi dan asasi mula mendaftar sebagai pelajar baru bagi sesi akademik 2008/2009 mulai hari ini di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Daripada jumlah itu, Kementerian Pengajian Tinggi menawarkan 30,757 tempat bagi lepasan SPM dan setaraf dengannya untuk mengikuti program diploma dan persediaan di semua IPTA bagi sesi 2008/2009.

Bagi lepasan STPM, sejumlah 40,184 ditawarkan tempat bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda. Program yang ditawarkan IPTA bagi lepasan SPM dan setaraf untuk sesi akademik kali ini membabitkan 169 program dengan 36 daripadanya Persediaan Asasi manakala 133 lagi diploma.

Jumlah itu meningkat 17.2 peratus atau 5,281 tempat berbanding 25,476 yang ditawarkan mengikuti program berkenaan di semua 20 IPTA tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata tahun ini, pihaknya menerima 67,143 permohonan calon lepasan STPM, matrikulasi dan asasi dan masing-masing memenuhi kelayakan minimum Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.00 ke atas.

Berdasarkan pecahan kaum pula, beliau berkata, seramai 24,989 atau 62.19 peratus (Bumiputera), 12,445 atau 30.9 peratus (Cina) dan 2,750 atau 6.84 peratus (India). Daripada jumlah itu, 24,862 atau 61.87 peratus adalah calon aliran sains manakala 15,322 atau 38.13 (sastera).

Dalam perkembangan berkaitan, di Universiti Teknologi Mara (UiTM), menawarkan 28,117 tempat kepada pelajar lepasan SPM, STPM, matrikulasi dan lepasan diploma di semua 13 kampus cawangannya di seluruh negara.

Selain program diploma, UiTM dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, berkata pihaknya juga menawarkan program asasi sains, kejuruteraan, TESL dan undang-undang.

UiTM menawarkan 15,033 tempat pengajian diploma dan 13,084 tempat bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda. Kampus UiTM di Shah Alam akan mengendalikan 2,531 tempat pengajian peringkat diploma/asasi dan 10,357 tempat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda.

Tarikh pendaftaran pelajar bermula hari ini bagi program diploma dan esok bagi program Ijazah Sarjana Muda khusus bagi calon lepasan STPM dan matrikulasi. Bagi calon lepasan diploma tarikh pendaftaran adalah 5 hingga 6 Julai ini.

Universiti Putra Malaysia (UPM) pula akan menerima masuk 5,234 pelajar baru bagi semester pertama sesi 2008/2009 mulai hari ini dan esok di dua kampusnya di Serdang dan Bintulu, Sarawak.

Naib Canselor UPM, Prof Datuk Dr Nik Mustapha R Abdullah, dalam kenyataannya berkata, ini merangkumi 4,224 pelajar peringkat Bacelor dan 300 pelajar Asasi Sains Pertanian di kampus induknya di Serdang, manakala 710 pelajar diploma mendaftar di kampus Bintulu.

Katanya bagi peringkat Bacelor, kluster Sains Gunaan mencatat pendaftaran pelajar baru paling ramai, iaitu 1,503 orang, diikuti Sains Sosial (1,430), Sains Tulen (622), Kejuruteraan Teknikal (496) dan Perubatan (173).

Katanya, Bacelor Perakaunan dan Bacelor Pentadbiran Perniagaan adalah program yang menawarkan pendaftaran pelajar baru paling ramai di UPM, masing-masing 200 pelajar.

"Jumlah keseluruhan pelajar lelaki ialah 1,613 atau 30.81 peratus dan perempuan 3,621 atau 69.19 peratus," katanya.

Nik Mustapha berkata, UPM juga menawarkan tempat pengajian kepada 27 atlit sukan bertaraf kebangsaan bagi mengikuti pelbagai program pengajian di UPM. Jumlah tawaran kemasukan pelajar baru seramai 5,234 itu berkurangan 889 pelajar berbanding 6,123 pada tahun sebelumnya.

Sumber: Berita Harian Online, Selasa, 01 Julai 2008, 26 Jamadilakhir 1429